Friday, May 1, 2009

Pasca Jepun Hingga Kemerdekaan Tanah Melayu

Pasca Jepun hingga Kemerdekaan Tanah Melayu

Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 3 setengah tahun telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi Politik,ekonomi dan sosial .

Kekejaman pihak Jepun semasa telah membangkitkan kemarahan orang-orang Cina dan menubuhkan MPAJA yang dipengaruhi oleh PKM bagi menentang Jepun secara gerila. MPAJA telah mendapat bantuan daripada British melalui Pasukan Force 136,

Jepun menyerah kalah pihak British tidak kembali serta merta ke Tanah Melayu. Kekosongan ini diisi oleh PKM dan membalas dendam kepada orang Melayu dan Cina yang dianggap pembelot dan pengintip Jepun. Apabila British kembali MPAJA dibubarkan.

Pihak British telah merangka satu sistem pemerintahan baru yang diberi nama Malayan Union selaras dengan Piagam Atlantik iaitu dengan menggabungkan NNMB, NNMTB serta Pulau Pinang dan Melaka manakala Singapura menjadi tanah Jajahan berasingan.

Apabila kertas cadangan Malayan Union dikeluarkan pada 22 Januari 1946, orang Melayu bangkit menentang. Akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara telah memainkan peranan untuk membangkitkan semangat Nasionalisme orang Melayu. Dato’ Onn b Jaafar menyeru supaya semua pertubuhan Melayu menentang Malayan Union dan hasilnya pada Mac 1946 Kongres Melayu Se-Malaya dibentuk dan menggesa Kerajaan British menarik balik Malayan Union.

Pada 23 Julai 1946 terbentuk Jawatankuasa Kerja yang di ketuai oleh Sir Malcom Mac Donald menggubal perlembagaan baru. Pada tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan menggantikan MalayanUnion ,walau bagaimanapun ia mendapat penentangan dari golongan kiri.

Walaupun Persekutuan Tanah Melayu berjaya dibentuk wujud juga masalah iaitu mengenai perpaduan maka pada April 1951 Sistem Ahli diperkenalkan, ini menjadi titik tolak kearah kesepakatan untuk membentuk perpaduan dan Kemerdekaan . Kemenangan besar Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) pada Pilihan Raya Umun 1955 memberi lesen besar kearah kemerdekaan.

Pada Febuari 1956 Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke London untuk perundingan kemerdekaan. Pada 8 Febuari 1956 Perjanjian London dimeterai oleh raja-raja Melayu, Parti Perikatan, dan Kerajaan British bagi mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Jun 1956 untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum bertulis dan meninbangkan pelbagai cadangan daripada semua. Beberapa pindaan telah dibuat ia menggambarkan semangat tolak ansur dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini berkonsepkan raja perlembagaan. Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu Merdeka.

No comments:

Post a Comment