Wednesday, October 21, 2009

Pengalaman bersama rakan dan DR Normaliza.

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila diminta membuat kerja hingga ke pagi, mengantuk tak payah nak cakap, menguap dah berpuluh-puluh kali dan basuh mata dah berbelas-belas kali tak siap-siap lagi kerja, si Rosdin dah tersandar, kumar dah berkunang-kunang mata tapi si Gee sebok nak edit kerja (buat leceh) hati geram rasa nak campak si Gee dalam longkang nanti marah suaminya pula. Member lain pun muka semacam ada yang tekun buat kerja ada yang membebel sebab nak bagi dr banyak pahala. Saya seorang yang baik, kat situ.

Bila bulan puasa pula kena pula kelas ganti, rasa penat juga tapi kena siapkan kerja dan usik rakan-rakan seperti Ita (montel) , Ju ,Mariam, Nafisah dan lain-lain. Tapi yang hampeh bila datang kelas ganti kedua kelas dibatalkan, bila sampai sorang tak ada. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai call Gee dia minta maaf sebab tak bagi tahu, punya panas hati macam nak campak je bangunan Sanggar Bahasa kat kubur cina, baru semua takut nak pergi.

Sem tu saya banyak tak datang kelas sebab masalah kesihatan nyaris tak masuk hospital, tapi dapat hantar kerja-kerja yang dr suruh itu pun dengan bantuan kawan kalau tak 0 le markah.

Pada DR dan rakan-rakan saya ucapkan terima kasih dan selamat berjaya dalam semua bidang yang diceburi. bye.

Monday, October 5, 2009

IBUKU



Dikala aku memerlukan mu
Engkau sentiasa berada disisiku
Dikala aku tidak bisa berkuasa
Engkaulah yang mengenyangkan ku
Dikala aku tidak mengenal siapa
Engkaulah yang memberi bimbingan
Dikala aku terumbang ambing
Engkaulah pemimpin ku
Dikala aku berjaya berlari
Engkaulah si permerhatinya

Kini
Aku pembesar, penguasa, dan pelari yang handal.
Engkau tetap mengatasi ku dengan senyuman mu

Terima kasih IBU





Adnan(mpm)
SEJARAH SOSIOLINGUITIK


Palini (500 SM) diyakini oleh banyak linguis sebagai pelopor pengkaji sosoilinguistik. Dalam karyanya yang berjudul Astadhayayai sebuah buku yang mengandungi stiliska bahasa menyebabkan pengkajian sosiolinguistik mula memberi perhatian. Pada abad ke 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan pengkajian tentang dialek bahasa pendalaman Eropah dan konteks bahasa yang menghasilkan bahasa campuran.

Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin terserlah apabila De Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa merupakan fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat . Dalam hal ini terdapat dua istilah yang popular iaitu langue dan parole namun tidak dapat menarik perhatian para sarjana bahasa dari Amerika Syarikat seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa dan budaya.

Istilah sosiolinguistik digunakan buat kali pertama oleh Harver Currie pada tahun 1952. Tokoh ini pada mulanya tidak melihat kajian linguistik ini merentas realiti sosial . Setahun kemudian Weinreich (1953) menulis ‘language in Contact’ yang diikuti dengan beberapa karya-karya besar lain dalam bidang ini menyebabkan kajian tentang sosiolinguistik menjadi ilmu yang lebih mantap dan menarik perhatian ramai orang.
PENDEKATAN HUMANISTIK



Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow. Menurut beliau manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejati untuk berkembang ke arah kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham Maslow ini digunakan untuk melihat keperluan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Mahmood Nazar Mohamed (2001: 276-277) menjelaskan individu harus tahu yang manusia berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi atau lebih bermakna bagi diri sendiri. Menurut Maslow seseorang individu akan berusaha atau bergerak dari hiraki bawah hingga hiraki yang tertinggi yang boleh dicapai olehnya.

Terdapat lima tahap keperluan manusia yang diberikan oleh Abraham Maslow, keperluan manusia seperti berikut:

Tahap pertama manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup iaitu udara, air , makanan, minuman, dan tempat tinggal. Ia amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sekiranya keperluan ini dicapai barulah keperluan lain dicari.

Tahap kedua manusia memerlukan keselamatan untuk hidup, ia perlu untuk membebaskan diri daripada ancaman luaran dan dalaman. Keperluan terhadap adanya peraturan dan undang-undang dalam masyarakat menjamin keselamatan manusia.

Tahap ketiga ialah manusia memerlukan kasih sayang, hubungan kasih sayang dengan insan lain penting kerana manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Tahap keempat ialah manusia memerlukan penghargaan diri, ini kerana manusia ingin disanjungi dan dihormati. Penghargaan diri penting supaya manusia mempunyai harga diri, kebolehan, berguna, dan boleh berjasa kepada masyarakat.

Tahap kelima ialah manusia berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri. Menurut Maslow jika manusia tidak berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri mereka akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup dan ianya amat penting bagi mendapatkan kesejahteraan dalam kehidupan.

Berdasarkan keperluan manusia di atas, kehendak hierarki Maslow menjelaskan keunikan tiap-tiap individu dan membantu manusia meningkatkan potensi mereka ketahap maksimum.