Friday, April 17, 2009

Dewan Negara dan Dewan Rakyat: Prosedur penggubalan undang-undang di Malaysia.

PENDAHULUAN
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Di dalam sistem pemerintahan Negera Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Oleh itu Dewan Perundangan Persekutuan ialah Parlimen. Kuasa Perundangan ini diberikan mengikut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan yang terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan.
Di Malaysia sesuatu Rang Undang-undang boleh dikuatkuasakan setelah melalui satu prosedur penggubalan undang-undang. Tugas menggubal undang-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan. Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan dimana Yang Dipertuan Agong akan memperkenankan Rang-Undang-undang tersebut setelah dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara . Sebagai peraturan umum, Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang bagi keseluruhan Persekutuan atau mana-mana bahagian. Parlimen Persekutuan mempunyai kuasa perundangan ke atas kebanyakan perkara penting seperti kewangan, perdagangan dan perusahaan, pendidikan, pertahanan dan hal ehwal luar.




DEWAN NEGARA
Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Dewan Negara adalah perlu bagi membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, keanggotaan ahli Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator.
Keanggotaan Dewan Negara
Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
• 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
• 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. Parlimen boleh dengan undang-undang; menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri hingga tiga orang. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih negeri. Selain itu boleh mengurangkan bilangan ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik.
Seseorang ahli Dewan Negara boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Negara. Sekiranya seseorang ahli tidak hadir di dalam tiap-tiap mesyuarat dewan negara selama enam bulan dengan tidak mendapat izin Dewan Negara maka Dewan mengistiharkan tempat ahli terebut sebagai kosong.Jika ahli tidak hadir di dalam tempuh tiga bulan selepas dipilih, maka terhentilah beliau daripada menjadi ahli. Jika berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi mengikut syarat-syarat yang terkandung di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara. Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin; memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Yang Dipertua Dewan Negara yang pertama ialah YB Dato' Haji Abdul Rahman b.Mohamed Yassin dari 11.09.1959 - 31.12.1969 dan Yang Dipertua Dewan Negara sekarang ialah YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh
dan mula berkhidmat dari 07.07.2003 hingga kini. (lihat lampiran senarai Yang Dipertua Dewan Negara). Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara membantu dan mempengerusikan persidangan semasa ketiadaan Yang di-Pertua Dewan Negara. Dewan Negara juga mempunyai seorang setiausaha yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara dan juga membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan bersidang.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara. Sekiranya yang Dipertua dan Timbalan Dipertua tidak hadir dalam persidangan Dewan Negara, maka tugas Yang Dipertua bolehlah dilaksanakan oleh seorang ahli Dewan yang lain yang dipilih mengikut peraturan Dewan Negara.
Selain daripada Yang Dipertua Dewan, Timbalan dan Setiausaha, Dewan Negara juga telah menubuhkan beberapa jawatankusa untuk melicinkan pentadbiran dan perjalanan persidangan Dewan Negara. Di antara Jawatankuasa yang diwujudklan ialah seperti Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara, Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara dan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara. Setiap ahli jawatankuasa adalah dilantik dikalangan ahli dewan.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara
Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara
Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian. Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis.Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.
Mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepda Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimana pun Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu Rang Undang-undang sebagaimana tercatat di bawah perkara-perkara tersebut ;
1. Jika sesuatu “Rang Undang-undang Wang” diluluskan oleh Dewan Rakyat dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan tiada pindaan dalam tempoh sebulan, maka Rang Undang-undang itu hendaklah diserahkan kepada yang Dipertuan Agong untuk persetujuan baginda, melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat.
2. Jika ;
a. sesuatu Rang Undang-undang yang bukan suatu Rang Undang-undang Wang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan-pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat ; dan
b. dalam penggal yang berikutnya (sama ada penggal Parlimen itu juga atau tidak), tetapi dalam tempoh kurang daripada setahun selepas ia mula-mula diluluskan oleh Dewan Rakyat, Rang Undang-undang yang tiada perubahan selaras daripada yang tersebut dalam Fasal (3) diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat dan dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen dan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka Rang Undang-undang hendaklah , melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat, diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk persetujuan baginda dengan apa-apa pindaan jika ada yang dipersetujui oleh kedua-dua majlis Parlimen.

Kesimpulannya Dewan Negara merupakan satu komponen yang amat penting di dalam proses perundangan negara. Kuasa Dewan Negara merupakan dewan pengulangkaji supaya memberi kerajaan, pandangan kedua tentang kegiatan perundangan. Perlantikan ahli Dewan dikalangan profesional dalam pelbagai bidang akan meningkatkan kewibawaan dewan. Walau pun lantikan oleh yang Dipertuan Agong lebih berpihak kepada kerajaan persekutuan, ini adalah untuk menjaga kepentingan kerajaan pusat.










DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil rakyat mereka. Kesemua Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi Piliharaya. Setiap ahli akan mewakili satu kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilhanraya Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh atau yang sama, atau menjadi Ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan di dalm negeri di dalam tempoh waktu yang sama.

Keanggotaan Dewan Rakyat

Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, keanggota Dewan Rakyat adalah seperti berikut ;
1. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.
2. Maka hendaklah ada ;
(a) dua ratus sembilan orang ahli dari negeri-negeri di Malysia seperti berikut ;
i. dua puluh enam orang ahli dari Johor
ii. lima belas orang ahli dari Kedah
iii. empat belas orang ahli dari Kelantan
iv. enam orang ahli dai Melaka
v. lapan orang ahli dari Negeri Sembilan
vi. empat belas orang ahli dari Pahang
vii. tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang
viii. dua puluh empat orang ahli dari Perak
ix. tiga orang ahli dari Perlis
x. dua puluh lima orang ahli dari Sabah
xi. tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak
xii. dua puluh dua orang ahli dari Selangor dan
xiii. lapan orang ahli dari Terengganu

(b) tiga belas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan PutraJaya seperti yang berikut ;

i. sebelas orang ahli dai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ii. seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan
iii. seorang ahli dari Wilayah persekutuan Putrajaya

Kelayakan Menjadi Ahli Parlimen

Setiap warga negara yang bermastautin di Persekutuan Malaysa adalah layak menjadi ahli Dewan Rakyat, jika beliau berumur tidak kurang daripada 21 tahun, melainkan seeorang itu hilang kelayakan menjadi ahli menurut perlembagaan itu atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat mengikut di bawah Perkara 48.

Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan, tetapi mereka boleh berhenti dengan menulis surat kepada yang Dipertua Dewan Rakyat. Seseorang ahli Dewan Rakyat dianggap berhenti dari ahli jika beliau hilang kelayakan mengikut Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut ;
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi mana-mana majlis Parlimen jika ;
a. dia adalah dan telah didapati atau disytiharkan tidak sempurna akal
b. dia seoarang bangkrap yang belum dilepaskan atau,
c. dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan atau,
d. setelah dinamakan untuk pilhanraya bagi mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Negeri, atau setelah bertugas sebagi ejen pilihanraya bagi sesorang yang dinamakan demikian ia tidak menghantar apa-apa perbelanjaan piliharaya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa mengikut cara yang dikendaki atau,
e. dia telah disabitkan atas sesuatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia di wialayah-wilayah yang terkandung dalam sesuatu negeri Sabah dan Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengapunan bebas atau ,
f. dia telah sengaja memperolehi kewarganegaraan mana-mana negari luar Persekutuan, atau telah dengan sengaja menggunakan hak kewarganegaran di suatu negeri asing atau telah membuat seuatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri luar Persekutuan.

Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Jika seserang ahli Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap persidangan majlis selama tempoh enam bulan dengan tiada kebenaran majlis maka majlis bolehlah mengistiharkan kerusinya kosong. Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran tidak hadir dalam persidangan Majlis Parlimen yang ianya menjadi ahli maka ahli itu tidaklah boleh selama tempoh kebenaran itu menyertai dengan apa jua cara, hal ehwal dan urusan majlis berkenaan.

Setiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah taat setia kepada negera ini dan juga perlembagaannya sebelum mengambil tempatnya di Parlimen. Sebelum mengangkat sumpah, seseorang ahli Dewan Rakyat layak mengambil bahagian dalam pemilihan Yang Dipertuan Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dipilih sama ada di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat atau pun seorang yang lain yang layak dipilih. Jika Yang Dipertua itu dipilih daripada orang yang bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau adalah dianggap sebagi ahli tambahan Dewan. Namun demikian, beliau tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Beliau juga tidak boleh mengundi bagi sebarang perbahasan di dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain. Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan. Yang diPertua boleh bila-bila masa boleh meletakan jawatannya melalui suratnya yang ditanda tangani sendiri dan ditunjukkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat. Dalam masa kekosongan jawatan yang Dipertua atau ketidakhadirannya dalam mana-mana persidangan maka seorang Timbalan Yang Dipertua boleh menjalankan tugas. Jika kedua-dua Timbalan Yang Dipertua tidak hadir atau kedua-dua jawatan itu kosong, maka seorang ahli dewan lain boleh dicadangkan sebagai yang Dipertua ditentukan oleh kaedah-kaedah Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Dewan, Dewan Rakyat

Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis. Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.


Jawatankuasa Peraturan Mesuarat Dewan Rakyat
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian. Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa

Jawatankuasa Kira-kira wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa: Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu. Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

PERSIDANGAN DEWAN

Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang Dipertuan Agong. Ia tidak boleh dibiarkan selama enam bulan berselang di antara mesyuarat akhir bagi satu penggal dengan mesyuarat bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal untuk lima tahun daripada nya yang pertama. Apabila genap lima tahun, Parlimen akan bubar dengan sendirinya melainkan sebelum cukup tempuh ia dibubarkan oleh Yang Dipertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan , pilihanraya umum akan diadakan dal tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat 120 hari selepas tarikh pembubarannya.
Semua mesyuarat Parlimen disusun di dalam satu kalendar yang dinamakan Takwim Parlimen. Kalendar ini dibahagikan kepada lima penggal dan setiap penggal mengambil masa selama satu tahun. Parlimen tidak bersidang di sepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat sebanyak tiga atau empat kali dalm satu penggal. Setiap satu mesyuarat mengambil masa selama dua minggu bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula memakan masa selama satu minggu kecuali mesyuarat belanjawan yang mengambil mnasa selama lima atau enam minggu.

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai keistimewaan-keistimewaan seperti berikut : -
1. sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
2. tiada seoarang pun boleh kena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
3. tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan atau di bawah mana-mana Majlis Parlimen.
4. Fasal (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan Parlimen di bawah Perkara 10 (4) atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 mengikut sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No.45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970.

Kesimpulannya peranan rakyat amat penting dimana memilih wakil-wakil meraka di dalam Dewan Rakyat . Wakil-wakil Rakyat yang dipilih melalui Piliharaya Umum membawa hasrat dan cita-cita rakyat melalui pandangan dan mengkaji setiap aspek perundangan negara. Dewan Rakyat menyediakan satu ruang forum bagi membincangkan Isu-isu awam yang dibentangkan selain daripada mempersoalkan dasar-dasar kerajaan dan penggubalan undang-undang.






PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Definisi Undang-undang

Undang-undang adalah sesuatu yang berpengaruh dan menjadi keutamaan dalam sesebuah negara. Ia adalah bukti sebagai kuasa dan kewibawaan negera itu. Undang-undang mempunyai pengertian yang luas dan sukar ditafsirkan. Ianya bukan sesuatu objek yang nyata. Kadang-kadang undang-undang bererti sebuah buku yang mengandungi peraturan-peraturan atau kumpulan norma-norma. Definisi undang-undang mengikut fungsional dan praktiknya. Pertama , undang-undang merupakan peraturan umum atau awam untuk tingkah laku seseorang ahli dalam sesuatu masyarakat yang tertentu, kedua undang-undang adalah punca dari orang-orang yang mempunyai atau memegang kewibawaan, ketiga undang-undang mestilah diluluskan oleh orang yang memegang kewibawaan itu sendiri, dan keempat undang-undang adalah diperkuatkuasakan. Sesiapa yang menyelewengkan akan diambil tindakan yang berdasarkan kepada undang-undang tersebut.

Dalam Buku Asas Sains Politik oleh K. Ramanathan Kalimuthu, menurut Green, seorang ahli falsafah , ‘law is the system of obligation which the state enforce’ . Pound pula berpendapat bahawa undang-undang adalah satu badan prinsip yang diterima oleh rakyat jelata dan mempunyai dewan atau badan kehakiman untuk menguatkuasakan undang-undang itu. Menurut Steven M. Giflis pula , undang-undang merupakan satu badan pembuat undang-undang yang mengeluarkan peraturan yang mana ia mestilah dapat mengawal setiap tingkahlaku seseorang atau masyarakat. Lain pula menurut L.B Cuzon, undang-undang merupakan badan-badan peraturan yang bertulis atau tidak bertulis, berpandukan kepada adat dan pemerintahan yang sah dan diakui oleh rakyat dan badan-badan yang menyusun masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Perkara 160(2) Perlembagaaan Persekutuan tafsiran “undang-undang” adalah seperti berikut ;-

“ undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat mana ianya berkuatkuasa dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuasa-kuasa undang-undang dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya”



Undang-undang di Malaysia

Dalam buku Sistem Perundangan Malaysia oleh Wu Min Aun, menyatakan bahawa undang-undang di Malaysia berpunca dari tiga sumber. Pertama, sumber sejarah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan undang-undang contohnya faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan undang-undang ialah amalan dan fahaman agama, adat resam setempat dan pendapat-pendapat ahli falsafah undang-undang.Kedua, undang-undang boleh didapati, misalnya di dalam sesuatu status, laporan undang-undang, buku-buku teks dan keputusan mahkamah. Ketiga , ia merujuk kepada sumber undang-undang, iaitu peraturan yang menjadikannya undang-undang.

Undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang terdapat di dalam perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri di dalam sesuatu kanun dan statut seperti perlembagaaan yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Eksekutif. Undang-undang tidak bertulis tidak dibuat di dalam Parlimen. Undang-undang tidak bertulis terdapat juga di dalam kes-kes yang dibicarakan di dalam mahkamah-mahkamah, adat-adat setempat dan sebagainya.

Sebelum kedatangan orang Eropah, undang-undang di Tanah Melayu lebih kepada undang-undang adat yang pelbagai. Undang-undang adat Melayu yang diguna pakai menunjukkan terdapat pengaruh Islam dan Hindu di Tanah Melayu. Disebabkan pengaruh ini, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu masyarakat patrilineal (mengikut Adat Temenggung) dan matrilineal (mengikut Adat Perpatih). Undang-undang Adat Temenggung dipraktikkan pada zaman Kesultanan Melaka apabila terdapat Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Dua penjajah awal yang sampai ke Tanah Melayu iaitu Portugis dan Belanda tidak melaksanakan undang-undang yang khusus yang wajib dilaksanakan oleh masyarakat jajahannnya. Hanya selepas kedatangan Inggeris, undang-undang yang tersusun telah diperkenalkan di Tanah Melayu hingga ke hari ini. Sejarah undang-undang moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila Majlis negeri Perak bermesyuarat buat pertama kali membincangkan isu undang-undang Persekutuan. Fungsi majlis ini bukan sahaja sebagai badan penasihat tetapi kemudiannya meluas membincangkan isu-isu perundangan dan pentadbiran. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan dengan membentuk perlembagaan di bawah Perjanjian Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Ia berlanjutan hingga Tanah Melayu merdeka. Selepas merdeka, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah dibatalkan. Raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British telah membentuk Ordinan Perlembangaan Persekutuan 1957 dengan membuat beberapa pindaan Perlembangaaan Negeri mengilkut negeri-negeri yang terdapat di Tanah Melayu. Pada 1963, apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia beberapa pindaan telah dibuat termasuk menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia . Namun pada perkara-perkara lain Perlembagaan 1957 kekal hingga digunakan sehingga ke hari ini.


Siapakah yang sebenarnya yang membuat undang-undang

Perundangan bermakna segala undang-undang yang diluluskan oleh sesuatu badan yang ditubuhkan bagi tujuan ini. Di Malaysia, perundangan dilaksanakan oleh Parlimen pada peringkat Persekutuan dan oleh Dewan Negeri bagi negeri-negeri masing-masing.Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai Akta, tetapi yang diperbuat selepas Malayan Union dalam tahun 1946 hingga merdeka dalam tahun 1957, dinamakan Ordinan. Sementara itu, undang-undang yang diperbuat di negeri-negeri dinamakan Enekmen, termasuk yang diperbuat oleh negeri-negeri Tanah Melayu sebelum merdeka. Sabah dan Sarawak terkecuali, iaitu undang-undangnya dinamakan Ordinan.

Umum mengetahui di Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Perlembaaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang Persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya yang mengandungi Yang Dipertuan Agong, dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perlembangaan Persekutuan mencatat dengan jelas akan perkara-perkara di mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara bersama boleh menggubal undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Perkara 74 perlembangaan tersebut.

Rang Undang-Undang

Prosedur menggubal dan meluluskan Rang Undang-undang bergantung pada struktur badan perundangan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam perlembangaan Persekutuan dan Negeri. Rang undang-undnang amat penting dalam membuat undang-undang. Ia merupakan draf tentang cadangan undang-undang baru atau pindaan kepada yang sedia ada yang dikemukakan atau dibentangkan oleh sesebuah dewan perundangan.
Rang Undang-undang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Rang Undang-undang Persendirian ( Private Bill ), Rang Undang-undang Awam atau Kerajaan ( Public goverment Bill ) dan Rang Undang-undang Kacukan atau hibrid ( Hybrid Bill ). Rang Undang-undang jenis pertama digelar persendirian kerana tujuan asas rang undang-undang tersebut adalah untuk menjaga kepentingan sesuatu kumpulan, syarikat perniagaan, oraang persendirian, persatuan dan puak-puak lain yang mempunyai kepentingan terhadap rang undang-undnag tersebut. Rang Undang-undang Kerajaan pula biasanya ditaja dan diperkenalkan oleh Menteri Kabinet ,atau pun diperkenalkan bagi pihak kerajaan oleh salah seorang anggota dewan perundangan parti kerajaan. Rang Undang-undang jenis ini biasanya melibatkan kepentingan sejumlah besar rakyat jelata untuk diperkuatkuasakan oleh badan pentadbiran awam.

Rang Undang-undang yang disebut kacukan (hibrid) pula sebenarnya ialah rang undang-undang awam yang diperkenalkan sama ada oleh anggota kerajaan atau orang perseorangan. Bagaimana pun, apa yang membezakan ia daripada rang undang-undang awam atau kerajaan ialah keadaan rang undang-undang tersebut yang melibatkan kepentingan khusus orang perseorangan atau badan-badan koporat tertentu. Ia juga berbeza dengan undang-undang persendiriasn kerana rang undang-undang hibrid meliputi bidang yang lebih khusus, yakni diwujudkan kepada kumpulan yang kecil.

Prosedur Penggubalan Undang-undang

Penggubalan undang-undang bukanlah bertujuan untuk melindungi individu atau kelompok tertentu sahaja. Tujuan dan matlamat penggubalan undang-undang adalah untuk mengwujudkan kestabilan dan keamanan dalam negara. Selain itu, untuk melengkapkan peranan dan tanggungjawab masyarakat. Yang paling penting memastikan individu itu dilindungi haknya. Penggubalan undang-undang juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan ke arah perpaduan dan akhir sekali ia tidak berlaku konspirasi untuk mempengaruhi pemikiran individu dan kumpulan tertentu. Menganjurkan penggubalan undang-undang negara adalah satu daripada tugas Peguam Negara. Bagi menjalankan tugas ini ada ditubuhkan dalam Jabatan Peguam Negara satu bahagian yang dinamakan Bahagian Penggubalan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai undang-undang yang berpengalaman dalam bidang menggubal undang-undang.

Trend atau arah aliran penggubalan undang-undang di zaman kini dalam negara-negara lain daripada United Kingdom ialah menggubal dengan cara yang mudah difahami oleh orang awam. Jadi, ahli penggubal undang-undang hendaklah menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh orang awam yang bukan peguam. Pendek kata pada keseluruhannya di negara-negara di Eropah seperti Perancis, Jerman dan Sweden penggubalan dibuat oleh bukannya pakar penggubalan tetapi pakar dalam bidang yang berkenaan. Misalnya, undang-undang mengenai kesihatan digubal oleh para doktor dalam kementerian Kesihatan dan undang-undang berkenaan dadah digubal oleh pakar dadah dari jabatan Narkotik.


PROSES PERUNDANGAN

Peraturan perundangan di Parlimen diperuntukkan pada bahagian IV dan Bab V Perlembagaan Persekutuan berserta Perintah Tetap (Aturan Parlimen) bagi kedua Dewan Perundangan, yang kemudian ini menentukan peraturan sebenar sewaktu sesuatu Rang Undang-undang disalurkan di dalam Parlimen. Peraturan ini telah disusun mengikut kuasa yang diperuntukan mengikut Perkara 62 Perlembagaan yang memberi kuasa bagi tiap-tiap Dewan untuk menentukan peraturannya sendiri.

Sesuatu Rang Undang-undang lazimnya dibentangkan di Parlimen oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio yang berkenaan. Rang undang-undang ini, dengan pengecualian tertentu, bolehlah pada mulanya dibentangkan di mana-mana dewan. Sekiranya ia diluluskan selepas perbahasan dan undian di dalam dewan tempat asalnya, ia akan dibentangkan kepada dewan yang lain. Apabila setelah diluluskan oleh kedua-dua Dewan, maka barulah disembahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menerima Perkenan Diraja. Perkara ini dilaksanakan oleh Baginda dengan menurunkan mohor besar dan selepas itu Akta tersebut diwartakan. Sesuatu Rang undang-undang menjadi undang-undang ketika menerima pekenan Diraja, tetapi ”tiada sesuatu undang-undang yang boleh berkuatkusa sehingga telah disiarkan.” Pada menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan atau di bawah Undang-undang Persekutuan, Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Tiap-tiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Dewan Parlimen itu melalui empat tahap iaitu melalui Bacaan Yang Pertama, Bacaan Yang Kedua, Perbincangan Dalam Jawatankuasa ; dan keempat Bacaan Yang Ketiga. Sebagai langkah awal, dasar-dasar berhubung dengan Rang Undang-undang itu di rangka oleh Menteri dengan bantuan pegawai-pegawai kementeriannya dan nasihat Jabatan Peguam Negara. Menteri akan juga memperolehi pandangan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Menteri seterusnya memperolehi kelulusan Kabinet bagi dasar-dasar Rang Undang-undang. Sekiranya diluluskan oleh Kabinet, draf undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama kementerian dan Penasihat Undang-undangnya. Pandangan agensi-agensi Kerajaan yang lain yang berkenaan juga diperolehi. Menteri seterusnya memperolehi kelulusan Kabinet ke atas draf undang-undang berkenaan. Selepas dipersetujui oleh Kabinet, Menteri akan membuat pembentangan di Dewan.
Seseorang Menteri yang ingin membentangkan sesuatu Rang undang-undang dikehendaki memberi notis kepada Setiausaha Dewan yang berkenaan sebelum membentangkannya. Pada Bacaan Pertama, Menteri berkenaan hanya menyebut tajuk Rang Undang-undang itu seterusnya memberi notis secara lisan bilakah masanya beliau hendak mencadangkan Bacaan Kedua. Perbahasan mahu pun pindaan tidak dibuat pada peringkat ini kerana ini adalah acara formal sahaja.

Pada peringkat seterusnya yang dikenali sebagai Bacaan Kedua adalah peringkat melaksanakannya buat kali pertama. Bacaan Kedua dimulakan dengan usul sedemikian:
“ Tuan Speaker (Tuan Yang Dipertua), saya memohon untuk mengusulkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk ......... sekarang ini dibaca bagi kali kedua”.

Tajuk Rang Undang-undang akan dibaca oleh Setiausaha dewan Parlimen setelah usul mencadangkan bacaan ini dipersetujui oleh Dewan. Peringkat kedua ini penting, pada masa inilah dewan akan menyuarakan sokongan dan bangkangan terhadap undang-undang yang dicadangkan itu. Pada ketika usul itu dikemukakan, Rang Undang-undang yang berkenaan telah pun dicetak dan diedarkan kepada semua ahli Dewan. Jika tidak, Rang Undang-undang tersebut tidak dapat dibentangkan. Perbahasan bagi usul ini meliputi prinsip undang-undang itu serta baik buruknya. Pada peringkat ini barulah perbahasan ke atas Rang Undang-undang itu dijalankan.

Pada akhir Bacaan kedua, Rang Undang-undang itu akan diserahkan kepada suatu Jawatankuasa seluruh dewan. Selepas itu Dewan akan serta merta membuat keputusan menubuhkan diri dalam jawatankuasa tentang Rang Undang-undang tersebut Hal ini dinamakan peringkat Jawatankuasa dan tujuannya ialah untuk membolehkan ahli-ahli berkesempatan untuk membincangkan butir-butir tentang Rang Undang-undang itu dan mencadangkan pindaan di dalam suasana yang kurang formal. Apabila perbincangan selesai dalam Jawatankuasa , Menteri yang berkenaan membuat usul lagi supaya melaporkan Rang Undang-undang yang sedang di pertimbangkan itu kepada Dewan. Sekiranya usul ini diterima, Dewan akan bersidang semula dan menamatkan peringkat Jawatankuasa.

Kadangkala Rang Undang-undang tidak pertimbangkan oleh Jawatankuasa seluruh Dewan, tetapi oleh suatu Jawatankuasa Pilihan khas. Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa ad hoc yang dilantik bagi tujuan tertentu. Bilangan dan ahli yang dicalonkan bagi jawatankuasa ini akan ditentukan oleh suatu Jawatankuasa Pemilihan. Walau bagaimana pun tujuan dan acara di dalam Jawatankuasa Plihan khas ini adalah sama dengan Jawatankuasa seluruh dewan. Apabila seluruh Dewan bersidang kembali, Menteri berkenaan melaporkan bahawa Rang Undang-undang yang berkenaan telah dipertimbagkan dan di terima oleh jawatankuasa dengan atau tanpa pindaan. Selepas itu mengusulkan supaya Rang undang-undang itu dibaca untuk kali ketiga dan diluluskan.Jika usul diterima, Rang undang-undang itu dianggap sudah diluluskan. Usul formalnya ialah seperti berikut;-

“Yang Dipertua, saya memohon untuk melaporkan bahawa ....... telah dipertimbangkan pada peringkat jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan (atau tanpa) pindaan. Yang Berhormat, saya memohon supaya Rang undang-undang ini sekarang dibaca kali ketiga dan diluluskan”.

Sesudah Rang Undang-undang diterima oleh mana-mana Dewan, lalu diserahkan atau dihantar ke Dewan yang lainnya iaitu Dewan Rakyat atau Dewan Senat untuk dipertimbangkan. Apabila Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan di dewan lain itu mengikut acara yang sama, maka dikembalikan kepada dewan yang asalnya. Misalnya , jika sesuatu rang Undang-undang itu mula-mulanya diluluskan di Dewan Rakyat, maka dikembalikan kepada dewan ini oleh Dewan Negara selepas dipertimbangkan olehnya. Apabila berlaku pindaan, Dewan Rakyat boleh menerima atau menolaknya. Sekiranya pindaan ditolak, Yang DiPertua boleh terus melantik suatu Jawatankuasa untuk merangka sebab atau sebab-sebab penolakan itu.

Selepas itu ia akan dipersembahkan kepada yang Diperuan Agong untuk kjelulusan baginda. Menurut Perkara 66(4), Yang Dipertuan Agong hendaklah memperkenankan sesuatu Rang Undang-undang dalam tempuh tiga puluh hari selepas ia dipersembahkan. Sekiranya baginda tidak berbuat demikian, Rang Undang-undang selepas tamat tempoh tersebut seolah-olah ia adalah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Sesuatu Rang Undang-undang (Akta Parlimen) tidak akan mula berkuatkuasa sehingga ia diwartakan. Namun demikian, Parlimen mempunyai kuasa untuk menangguhkan kuatkuasa sesuatu undang-undang atau membuat undang-undang yang berkuatkuasa kebelakangan (iaitu berkuatkuasa mulai tarikh yang lebih awal daripada tarikh diwartakan). Hanya selepas ini undang-undang berkenaan dapat dikuatkuasakan serta mencapai tahap Akta Kerajaan.

Tetapi jika dipandang daripada segi rupa dan teori, sesuatu undang-undang itu dibuat oleh yang DiPertuan Agong dengan mengikut nasihat yang dipersetujui oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Oleh sebab itulah maka tiap-tiap undang-undang mempunyai ayat permulaanya (enacting clause) seperti berikut:

“MAKA INLAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong – dengan nasihat dan persetujuan Dewan negara dan Dewan rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut:”

Lazimnya sesuatu Rang Undang-undang diluluskan melalui undi majoriti biasa daripada kalangan ahli-ahli yang hadir dan mengundi, tetapi ada beberapa pengecualian tentang peraturan ini, yang paling mustahak ialah pindaan perlembagaan mengikut Perkara 159 Perlembgaan Persekutuan. Mengikut peruntukan ini, sesuatu Rang Undang-undang tidaklah boleh diluluskan di mana-mana Dewan Parlimen melainkan setelah disokong pada bacaan-bacaan kedua dan ketiga dengan bilangan undi yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli-ahli dewan yang berkenaan.Perlu diingat disini bahawa bilangan dua pertiga ialah bagi “jumlah bilangan ahli dewan yang berkenaan” dan bukan mereka yang hadir dan mengundi. Justeru itu, oleh kerana kita mempunyai 222 orang ahli Dewan Rakyat, sesuatu Rang Undang-undang perlembagaan akan hanya dianggap lulus jika ia memerlukan 146 undi. Begitu juga Dewan Negara, ia memerlukan sekurang-kurang 46 undi daripada 70 ahli.

Kesimpulannya, undang-undang adalah penting dan perlu ada di dalam sesebuah masyarakat mahupun sesebuah negara. Apabila didapati betapa pentingnya undang-undang tersebut, maka ia dirangka lalu wujudlah undang-undang dalam negeri tersebut. Namun prosedur penggubalan sesuatu Rang Undang-undang itu melalui satu proses yang memakan masa yang panjang, telti dan rigid. Penelitian yang teliti harus dilakukan supaya undang-undang itu adil dan tidak membawa kesan negetif kepada rakyat. Hal ini penting kerana hanya undang-undang yang baik akan melahirkan negara yang maju dan aman damai. Di samping itu, pelaksanaan undang-undang hanya boleh disempurnkan jika ada undang-undang yang mendapat sokongan rakyat.

Tugas menggubal undal-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan. Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan.
DEWAN PERUNDANGAN DAN PROSEDUR PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA: DARI PERSEPEKTIF ANALISA KRITIS

Sistem Dua Dewan

Kebanyakan perlembagaan moden membahagikan kuasa legislatif kepada dua dewan, iaitu dewan rendah dan dewan tertinggi. Pengalaman yang sama dilaksanakan di Malaysia, dimana segala perundangan negara diluluskan melalui dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebelum diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Antara alasan yang penting mengapa ia amat diperlukan adalah untuk memberi perlindungan dari kezaliman sistem satu dewan. Sistem dua dewan akan membuat pemeriksaan terhadap perundangan yang dilaksanakan dengan lebih telti dan adil. Di negara yang mengamalkan sistem persekutuan, ia dapat menyediakan perluang kepada perwakilan dari unit-unit komponen dalam pesekutuan sebagai satu unit. Ahli-ahli yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari kedua dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan lebih dihormati dari sokongan awam dan intergriti yang lebih tinggi.

Dua pertiga majoriti

Ahli Dewan Rakyat adalah terdiri daripada yang dipilih menerusi pilhanraya. Apakah siknifikan majoriti dua pertiga dalam Dewan Parlimen di Malaysia. Dari segi peraturan penggubalan Rang-Undang-undang, kelulusan dua pertiga ahli Dewan amat perlu. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintah berada di tangan rakyat. Di dalam sistem ini, undang-undang digubal oleh rakyat atau wakilnya yang dipilih. Dalam pemilihan pucuk pimpanan dipilih secara jujur supaya satu badan atau parti politik yang dipilih berkeupayaan dapat menguruskan dan mentadbir negara secara bebas ke arah kepentingan negara. Hasrat mereka akan dibahaskan di dalam dewan dan seterusnya melibatkan proses penggubalan undang-undang dan penguatkusaan undang-undang.

Keputusan piliharaya 1969 yang tidak berpihak kepada Kerajaan Perikatan setelah kehilangan Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Begitu juga Kerajaan Perikatan telah hilang dua pertiga majoriti di Parlimen telah memburukkan suasana. Ketidaktentuan keadaan politik semasa akhirnya menyebabkan terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan terhakis penguasaan dua pertiga majoriti parti pemerintah, Barisan Nasional telah banyak menimbulkan beberapa ketegangan yang berasaskan kepentingan kaum.

Namun begitu, menurut Bill Clinton di dalam syarahan umum Memorial BC Sekhar, mengatakan ‘bahawa konflik atau percanggahan pendapat berkaitan politik sesuatu negera pelbagai kaum dan agama tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang buruk semata-mata jika diuruskan dengan baik’ (Utusan Malaysia 6 Disember 2008). Kekuatan parti pembangkang juga amat diperlukan di dalam Dewan Rakyat untuk membuat ‘check and balance’ setiap kelulusan Rang Undang-undan dan peruntukan di dalam dewan yang di bentangkan oleh pemerintah.

Keanggotaan Dewan Negara Perkara 45(1)(b)

Menurut peruntukan Perkara 45 (1)(b), seramai empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, pada pendapatnya telah memberi perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan oarng asli. Perlantikan ahli Senat ini adalah diandaikan dan kebiasaannya persetujuan dari pihak pemerintah. Oleh itu lantikan mereka lebih memberi keuntungan dan memihak kepada kerajaan pusat.
Keadaan ini tidak sihat untuk feudelisme seperti dapat disimpulkan apabila melihat kepada jumlah bilanagn ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Hal ini tidak selari dengan konsep feudelisme yang ideal kerana kepincangan yang tidak dibaiki, malah sebaliknya menidakkan peranan senator dari tiap-tiap negeri. Bagi kebanyakan peruntukan Perkara 153 (3) yang memerlukan rang undang-undang pindaan perlembagaan sekurang-kurang sokongan dua pertiga. Seandainya hampir semua negeri diperintah oleh kerajaan parti pembangkang pada peringkat persekutuan sekalipun sudah memadai cuma dua negeri yang diperintah oleh kerajaan dari parti pemerintah yang sama dengan parti yang memerintah di Pusat untuk memenuhi syarat dua pertiga ini. Komposisi sebegini sudah tentu berat sebelah dan memihak kepada kerajaan persekutuan serta membuat negeri-negera amat sukar menyekat mana-mana rang undang-undang yang merbahayakan hak dan kepentingan mereka.

Keistimewaan Parlimen

Apakah kewajaran yang diberikan kepada ahli Parlimen yang mempunyai beberapa keistimewaan tertentu ? Adakah kebebasan bercakap dan berbahas di dalam Majlis Parlimen akan dapat meningkat integriti Parlimen ? Ini merupakan beberapa persoalan yang perlu dikupas selepas kita dapat saksikan bagaiman ahli Parlimen berbahas melalui kaca televisyen dan kenyataan yang dikeluarkan melalui media yang banyak meninggalkan kesan yang tidak elok dalam Persidangan Parlimen ke 12.

Di antara keistimewaan yang diberi seperti keesahan apa-apa prosiding tidak boleh di dakwa di mahkamah semasa mengambil bahagian dalam prosiding dimana-mana Majlis Parlimen. Namun begitu ahli dewan tidak boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif seperti hak istimewa oarang Melayu, kerakyatan, bahasa Kebangsaan dan kedaulatan raja-raja. Ini akan memberi peluang kepada ahli dewan untuk memperkatakan sesuatu tanpa prajudis yang mungkin boleh menimbulkan kemarahan dan pertentangan pihak yang lain. Penggunaan istilah dan kata-kata yang kesat juga digunakan dengan sewenang-wenang walau pun peraturan dewan boleh mendenda atau menggantung keanggotaan pada beberapa waktu, namun tidak diendahkan.

Berlandaskan situasi ini, kekebalan yang diberikan itu seumpama duri dalam daging atau ‘api dalam sekam’, yang menimbulkan lagi pergeseran antara kaum. Pada Persidangan Parlimen Penggal Pertama, Parlimen ke 12, banyak isu remeh-temeh yang tiada kaitan dengan perbahasan. Banyak unsur provokatif yang menyinggung perasaan dan sentimen perkauman. Walau pun Akta Hasutan 1948 pindaan oleh Ordinan No.45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970 yang dikenakan boleh meredakan keadaan, tetapi setakat kini berapa ramaikan Ahli Dewan yang didakwa dengan Akta Hasutan ini. Pada umumnya, rakyat amat jengkel dan meluat dengan gelagat Wakil Rakyat mereka.

Doktrin pengasingan kuasa

Badan Perundangan Persekutuan atau Parlimen mempunyai tiga komponen iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perlu diambil perhatian bahawa doktrin pengasingan kuasa tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia. Umpamanya, Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Namun demikian, Parlimen juga memberi kuasa kepada Badan Eksekutif (Kabinet atau pihak lain) untuk membuat undang-undang yang disebut sebagai perundangan perwaklian. Berdasarkan konsep pengasingan kuasa adalah satu doktrin tentang kerajaan berperlembagaan yang mengesorkan pengasingan kuasa dan fungsi kerajaan supaya tidak tertumpu kepada sesuatu individu atau satu lembaga. Ia amat perlu supaya kedudukan kerajaan lebih terjamin dan kukuh.

Mengikut pembahagian kuasa yang ketat, seseorang yang menganggotai badan perundangan ataupun badan pemerintahan yakni kerajaan, tidak boleh menjadi ahli, tidak boleh campur tangan juga tidak boleh mempengaruhi badan yang lain.

Common Law Malaysia

Common Law ialah undang-undang yang ditadbirkan di England . Dalam pada itu timbul soal common law Malaysia. Mereka yang mempopularkan istliah ini tidak menerangkan apakah yang mereka maksudkan dengan common law Malaysia ini. Penjelasan perlu kerana di sisi undang-undang common law ialah satu istilah yang khusus, yang merujuk kepada undang-undang Inggeris yang dibina dan dikembangkan oleh para hakim. Ertinya common law dalam konteks England iatu adalah satu bentuk undang-undang yang bukan undang-undang status, yakni akta yang diluluskan oleh Parlimen Britain. Di Malaysia istilah common law ini tidak jelas. Di dalam Akta Undang-undang Sivil 1956 common law merujuk kepada common law Inggeris. Sebab itulah usahlah kita menambah kekeliruan dengan menggunakan istilah yang sama meskipun kita tambah dengan Malaysia. Adalah lebih baik dan lebih jelas kalau kita gunakan istilah ‘undang-undang Malaysia’ sahaja.

Memang ada peruntukan dalam perlembagaan yang menunjukan bahawa ada peminjaman atau pengaruh luar di dalam perlembagaan. Namun, semua itu adalah berdasarkan keperluan. Kita tidak menyalin bulat-bulat apa yang kita pinjam. Sebab itulah kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tidak sama dengan Baginda Ratu di United Kingdom yang mempunyai kuasa putus kepada perlantikan Yang Dipertuan Agong dan beberapa pindaan perlembagaan tertentu. Begitu juga dengan kedudukan dan peranan Dewan negara yang tidak sama dengan House of Lord dimana mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat. Ini berlainan dengan hubungan House of Common dan House of Lord dalam konteks Parlimen Britain.

Undang-undang dan politik

Hubungan undang-undang dan politik amat sukar untuk dinafikan. Rakyat boleh memainkan peranan yang penting dalam perkembangan undang-undang. Apa yang rakyat atau orang awam perlu tahu ialah soal falsafah dan dasar undang-undang itu. Piliharaya dan hak mengundi diadakan adalah merupakan satu bentuk kuasa masyarakat untuk menggubal undang-undang. Pengaruh kuasa politik merupakan elemen yang dipunyai oleh kerajaan. Kuasa politik biasanya dipunyai oleh sesuatu parti atau kumpulan yang memerintah dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui kuasa ini penggubalan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Kuasa politik yang tidak boleh digugat, dimana majoriti rakyat menyokong merupakan nadi penggerak yang utama dalam masyarakat. Kuasa pada wakil dan kedudukan sesorang itu memberi impak didalam proses pembentukan undang-undang baru dalam sesebuah negara itu. Dalam konteks Malaysia majoriti dua pertiga diperlukan di dalam Parlimen untuk meluluskan sesuatu Rang Undang-undang.

Keadaan politik sesebuah negara itu sebenarnya menentukan kedudukan sosial dan ekonomi sesuatu masyarakat itu. Keadaan politik yang buruk dan tidak stabil akan menjejaskan keadaan sosial dan ekonomi. Kemerosotan kedudukan politik sesebuah negara secara lansung juga menjejaskan kedudukan negara. Ini dapat dilihat selapas Piliharaya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Apabila kemerosotan pengaruh politik Barisan Nasional parti pemerintah menimbulkan hilang kewibawaan kepada kerajaan. Maka banyak tuntutan, sentimen perkauman dan undang-undang yang dimainkan oleh pihak parti pembangkang. Contohnya, masyarakat bukan Melayu telah mula mempersoalkan Perlembangaan negara. Isu-isu seperti Hak-hak istimewa orang Melayu, Ketuanan Melayu diperlekehkan, dasar-dasar seperti dasar Ekonomi Baru juga dipersoalkan dalam ucapan-ucapan dan pendedahan dalam media walaupun perkara ini merupakan ‘contract social’ yang telah dipersetujui oleh pemimipin yang lalu semasa menuntut kemerdekaan.

Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila sesebuah negara itu mempunyai sistem politik yang stabil dan sistematik. Apabila wujud perpaduan antara rakyat, maka kegiatan sosial dan ekonomi dijalankan secara berkumpulan dengan rasa penuh semangat untuk sama-sama berusaha menegakkan kemajuan bersama.Dengan ini lahir sebuah negara yang aman dan maju.













KESIMPULAN

Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan. Undang-undang dibuat melalui beberapa peringkat tertentu. Mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 66 , tanggungjawab Parlimen di dalam menjalankan kuasa perundangan adalah membuat undang-undang hendaklah dijalankan dengan rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ( atau, dalam hal yang tersebut dalam perkara 68, oleh Dewan Rakyat). Hanya negara yang berdaulat dan rakyat yang merdeka mempunyai kebebasan membuat undang-undang mengikut acuan dasar pemerintah yang mewakili penduduk tempatan.

Kajian tentang kuasa perundangan, keahlian badan perundangan, proses dan prosedur membuat undang-undang sekurang-kurangnya membawa dua faedah. Pertama ia akan memberikan kefahaman terhadap proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan menghargai peri pentingnya negera ini mempunyai kerajaan yang ikhlas dan sensitif terhadap rakyat yang memilihnya dan di wakilinya. Faedah kedua ialah mendalami maksud sebenar kemerdekaan. Dalam tempoh penjajahan undang-undang yang digubal berperanan sebagai alat untuk memellihara ketenteraman dan menyelesaikan pertelingkaan, namun para pejuang bangsa dan penuntut kemerdekaan tetap mahukan kuasa bernegara, iaitu agar kuasa untuk membuat dasar dan undang-undang diserahkan kepada rakyat tempatan.

Dalam pemerintahan demokrasi, kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Dalam sistem ini, undang-undang digubal oleh rakyat, atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Penglibatan rakyat dalam proses perundangan sisitem demokrasi adalah penting kerana undang-undang adalah untuk kebaikan rakyat, berdasarkan kemahuan rakyat dan dibahaskan oleh wakil yang mewakili rakyat. Oleh itu, negera ini akan diperintah oleh kerajaan yang bertindak mengikut lunas undang-undang, bukannya kerajaan yang bertindak mengikut keinginan manusia atau keinginan pemerintah.Prinsip yang terkandung dalam peruntukan ini terpakai kepada semua kepimpinan kerajaan , kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif. Ia juga mengikat setiap orang termasuk yang Dipertuan agong, Raja-raja Melayu, Perdana Menteri, ahli Jemaah Menteri, para Menteri Besar dan sebagainya.

Pada asasnya , badan-badan perundangan di Malaysia yang ditubuhkan mengikut kehendak dan syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mempunyai struktur, syarat keahlian dan prosedur perundangan yang kemas dan teratur. Walau pun terdapat beberapa aspek badan-badan tersebut, terutamanya mengenai Dewan Negara dan had kebebasan istimewa bersuara dalam badan peundangan, barangkali pihak pemerintah mempunyai sebab-sebab munasabah bagi keadaan tersebut. Matlamat penubuhan badan-badan perundangan berdasarkan kosep demokrasi, federalism dan ketinggian perlembagaan hanya dapat direalisasikan jika ahli-ahli badan perundangan melaksanakan tanggungjawab mereka dan pihak berkuasa mematuhi prinsip keadilan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Sumber Rujukan dan Bibliografi

Buku:

1. ILBS Lembaga Penyelidik Undang-Undang, Perlembagaan Malaysia (hingga 5 Mac 2008), Kuala Lumpur, International Law Book Sevices.

2. Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1992, Sistem Undang-Undang di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Wu Min Aun, 1985, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Kuala Lumpur, Heinemenn Education Books (Asia ) Ltd.

4. Hashim Yeop A. Sani . Dato, 1979 , Bagaimana Undang-undang kita Diperbuat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Ranjit Singh Malhi, 1997, Pengajian Am: Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur, Federal Publications.

6. K. Ramanathan Kalimuthu, 1987, Asas Sains Politik, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

7. Farid Suffian Shuaib et al , 2007, Sumber Undang-Undang Malaysia, Artikel Terpilih (Jld. 2), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka

8. Mohamed Suffian b. Hashim (Tun), 1984, Mengenai Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka




Internet:

1. Laman Web parlimen Malaysia: http://www.parlimen.gov.my



Akhbar:

1. Utusan Malaysia
2. Berita Harian
3. The Star
4. New Strait Times

Analisis novel Salju Sakinah

Analisis novel ‘Salju Sakinah’

Keperibadian manusia dibentuk oleh sekeping hati. Sifat seseorang yang memiliki hati yang tulus, bersih, dan murni. Sifat terpancar pada wajah dan perlakuannya. Begitulah sebaliknya. Menurut A. Talib Naiem al-Haj as-Saufi, hati merupakan roh yang berperanan agen pengawal kepada komponen tubuh manusia. Lidah misalnya petah menuturkan sesuatu ialah kerana gerak rasa yang terbit dari hati. Justeru itu Rasulullah S.A.W menyatakan, dalam diri manusia ada seketul daging. Manakala daging itu baik maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah ia hati (kalbu)

Melihat kepada hakikatnya, maka hati akan disorotkan sebagai wahana yang memberikan sifat pada perlakuan dan keperibadian kepada beberapa watak yang digarap oleh pengarang muda Zaid Akhtar dalam novel Salju Sakinah. Berdasarkan teori psikologi analisis novel ini merujuk kepada konsep hati yang digariskan oleh islam untuk membentuk personaliti. Struktur personaliti yang diterajui oleh tiga kompenen penting iaitu id, ego dan superego akan diterjemahkan dari sudut sosial, budaya, agama, ekonomi, dan politik. Hal ini diketengahkan kerana hati merupakan suatu persoalan yang universal. Disamping itu juga dalam membentuk personaliti seseorang, setiap bangsa dan agama mengajar penganutnya melakukan hal yang sama iaitu memelihara hati.

Nilai sosial
Sumayyah merupakan fokus utama di dalam karya tersebut diadun dengan personaliti yang utuh sebagai seorang beliawanis, wanita muslim,mahasiswi dan anak solehah oleh pengarang menjadi tunggak yang wajar ditauladani. Dalam menggambarkan peribadi Sumayyah, pengarang meletakkannya sebagai seorang pendakwah yang gigih di tengah-tengah masyarakat yang semakin hilang jatidiri, longgar ikatan ukuwwah, tercela sahsiah diri dan mudah terpesong akidahnya. Kegigihan sumayyah bertindak mengawal personaliti berdasarkan pemikiran yang rasional dan waras mengangkat martabat pendakwah di sisi masyarakat. Peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan bukan suatu tugas yang mudah, apatah lagi untuk mengajak masyarakat yang semakin hanyut dengan sifat mazmumah seperti dengki, iri hati, benci, dan dendam. Pengarang memartabatkan watak Sumayyah dengan tenaga eksekutif superego untuk berhadapan dengan masyarakat dalam menyampaikan dakwah kepada umum. Justeru itu, Sumayyah dilihat berjaya ditonjolkan oleh pengarang sebagai idola masyarakat, pembimbing rakan sebaya, pendakwah dan anak solehan. Sumayyah mampu mengawal emosinya dan bertindak dengan rasional apabila diserang dengan cemuhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Zaleha yang telah hilang pertimbangan akal dan didorong oleh komponen biologi id. Berikut adalah situasi, Sumayyah telah dimaki dan diherdik oleh jirannya yang bernama Zaleha, kerana terlalu cemburu dan benci terhadap Sumayyah yang disangka cuba memikat suaminya. Pengarang telah membiarkan watak Zaleha dikuasai oleh nafsu amarah dan benci sehingga bertindak diluar kawalan kewarasan yang sewajarnya.

“Tak payah! Tak payah berpura-pura nak buat baik dengan aku.” “Err, kenapa ni, kak? Kalau ya pun jemputlah masuk dulu.”Dia cuba berselamba biaurpun dalam hati tertanya-tanya apa kesalahannya.“ Tak usah berlagak baik depan aku. Tak padan dengan mengaji agama tinggi-tinggi. Gatal merenyam! Kau ingat aku tak tahu niat kau?”Darah Sumayyah menyirap.Mulut celupar itu layak ditampar. Namun emosinya masih dalam kawalan.
Halaman 325

Kesabaran dan ketabahan Sumayyah menghadapi maki hamun jirannya yang cemburu buta menunjukkan semangat kejiranan dan menghormati antara satu sama lain masih utuh di tengah-tengah masyarakat yang mengalami masalah sosial yang meruncing. Dalam kehidupan masyarakat dewasa ini masih tersisa minoriti yang mengalami penyakit hati atau dengan kata lain jiwa yang kering dan jauh dari hidayah . Hakikatnya amat sukar untuk mengikis dan mendidik hati yang telah dikuasai oleh nafsu amarah, dendam, dan benci. Fitnah dan mengumpat masih menjadi tradisi masyarakat yang rendah tahap pendidikan,bertindak berdasarkan emosi untuk kepuasan diri. Begitu juga moral masyarakat yang kian terhakis dengan keruntuhan akhlak sehingga mengaibkan agama, bangsa dan masyarakat itu sendiri. Pengarang juga telah mendedahkan siapa sebenarnya Mansor suami kesayangan Zaleha, yang dikatakan cuba dipikat oleh Sumayyah. Peristiwa ini masih berlaku pada masyarakat hari ini, berjaya diterokai oleh pengarang muda dengan plot yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang amat bermakna kepada pembaca.

“ Mansor khabarnya didapati berzina dengan seorang perempuan India dalam taman bunga. Mungkin mereka tidak terus balik lepas tengok konsert artis sempena bulan merdeka tengah malam tadi.” Fuad menghela nafas. “Masa kena cekup tu, orang kata, masih bertindihan lagi dan tak pakai apa-apa. Yang malunya, kedua-duanya melekat, tak boleh nak tanggal dan terpaksa dkejarkan ke hospital untuk dipisahkan.”
Halaman 462.

Kemelut sosial yang berlaku di dalam masyarakat digarap dengan berkesan sehingga pembaca tidak terkejut dengan peristiwa ikhtibar yang memalukan. Keinginan atau hasrat yang negatif sering muncul di bawah sedar manusia, menggodanya dan menyebabkan manusia putus daripada akar rasionalnya. Mansor sebagai pendukong watak hitam dibina oleh pengarang dibiarkan mendak di dalam takungan akal bawah sedar, yang kemudian kembali bertindak diluar kawalan kewarasan akal. Keadaan ini dikuasai oleh kedudukan id, ego dan superego. Dalam konteks binaan personaliti muslim, hal ini diterjemahkan sebagai nafsu amarah, nafsu lawamah dan nafsu mutmainah yang turut mempengaruhi qald,nafs dan jiwa. Justeru itu pengarang berjaya membina watak hitam dengan memenuhi kehendak id atau pleasure principle, berseronok demi memenuhi kehendak naluri dan id yang dikatakan full of devil. Kepincangan sosial masyarakat yang melanda, menarik perhatian Sumayyah sebagai pendakwah, berusaha mengajak masyarakat dan lingkungannya dengan mengadakan ceramah, kuliah agama, bacaan yassin serta majlis-majlis ilmu. Situasi ini meninggalkan impak yang baik untuk mengembalikan keharmonian masyarakat, mengeratkan ukhwah dan sikap sayang-menyayangi antara sesama makhluk.

Nilai budaya
Sekali lagi, pengarang membina watak Sumayyah sebagai idola yang menjunjung budaya bangsa, agama serta memelihara peradaban dan tatasusila. Sebagai seorang mahasiswi yang menuntut di Timur Tengah dalam pengajian syariah, walaupun terpisah jauh dari keluarga Sumayyah tetap berpegang teguh dengan adat ketimuran, baik dalam pergaulan, berpakaian, tutur bicara dan kesantuan masih menjadi jati diri. Berpaksikan hukum dan pegangan, Sumayyah sentiasa mengenakan busana yang melambangkan muslimah sejati, menjaga tutur bicara dan mengawal pergaulan agar tidak tercela dengan tipu daya syaitan di samping tidak melanggar adat dan norma ketimuran. Tuntutan ini di ketengahkan oleh pengarang pada setiap gerak dan bicara sumayyah. Malahan, pengarang turut mewarnai watak Asmawiyah dan Aziyan sebagai gadis melayu yang berpegang teguh dengan budaya dan nilai ketimuran. Kesantunan dan kesopanan masih menjadi tunjang dan tonggak kehidupan masyarakat walaupun arus kemodenan semakin mengikis dan menjajah minda.Di samping kehalusan budi watak utamanya, kita juga diperlihatkan dengan keindahan budi dan lemah lembut gadis melayu seperti situasi berikut :

“ ketara, Asmawiyah dan Aziyan masih lagi patuh dengan nilai kemelayuan. Baju kurung yang dipakai oleh kedua-dua gadis itu buktinya. Tegal kini semakin jarang anak gadis melayu mengenakan baju kurung ke mana-mana.”
Halaman 322-323
Sementara itu pengarang juga memaparkan tatasusila dan perilaku dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan demi menjaga martabat bangsa dan agama. Begitu juga pengarang menterjemahkan percintaan berpaut kepada akidah dan syariah. Percintaan terlihat bagaikan metafora , yang berfungsi dalam wahana keagamaan, yang menolak keghairahan dan berahi, sebaliknya berpaksikan pada mahabbah cintakan ilahi. Cinta yang berpaksikan nafsu semata-mata, pastinya bukan saja menodai adat dan budaya malah mengundang bala dan kemurkaan Allah Taala. Hal ini diperjelaskan oleh pengarang melalui watak Yusra yang telah membelakangi adat resam serta menodai kesucian agama.
“Kini jiran baik mereka itu hanya tinggal berdua setelah Yusra terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk melahirkan anak yang tidak pernah diminta. Sumayyah masih ingat, dialah orang yang mula-mula diberitahu oleh Yusra tentang kehamilannya dalam pertemuan di Masjid Hussein dulu. Tetapi kala itu segalanya telah terlewat. Yusra terpaksa menerima padah kedegilannya dan keterlanjuran perbuatannya yang ditegah agama dan adat.”
Halaman 492

Pengarang membina watak Yusra yang gagal bertindak dengan berpandukan akal yang waras dan prinsip moral superego, sehingga menodai budaya ketimuran, adat,dan hukum tuhan semata-mata menuruti kehendak id dan naluri.

“Inilah penyakit umat akhir zaman, Mai. Yang terbaru, jangan terkejut, program realiti TV berbentuk pencarian suami ada pertukaran isteri pun mendapat tempat”
Halaman 267


Nilai agama atau moral.

Pengarang Salju Sakinah memaparkan kemuliaan agama dan kesantunan moral kepada pembaca sebagai ikhtibar dan pedoman. Sumayyah yang menjadi fokus utama di dalam novel tersebut diangkat sebagai wanita pendakwah, sebagai contoh muslimah yang menjunjung keimanan, berpaksikan al-quran dan hadis, namun diuji dengan permainan yang cukup menyentuh jiwa dan iman. Dalam kecanggihan dunia global tanpa had sempadan masih terdapat insan yang terpesong akidahnya, percaya kepada perkara khurafat dan bertuhankan makhluk lain. Bagai duri dalam daging, itulah hakikat yang harus ditempuhi oleh Sumayyah yang gigih mengajak manusia kearah kebaikan, malangnya saudara kandungnya Safiah dan abang iparnya terpesong jauh dari jalan kebenaran. Suatu jihad yang perlu dipikul oleh Sumayyah untuk mengembalikan saudaranya ke jalan yang benar. Bukan mudah untuk menzahirkan kebenaran kepada manusia yang telah jauh tersesat dari hidayah Allah. Manusia yang mengagungkan sesuatu yang lain selain daripada Allah Taala adalah sesuatu yang sangat hina dan merupakan dosa yang tidak akan mendapat pengampunan dari Nya. Pengarang telah menghukum watak-watak seperti Jasman, Tok Ayah dan Tahir yang bertuhankan syaitan dan nafsu dengan kematian yang sungguh azab. Situasi berikut diutarakan oleh pengarang untuk menggambarkan musibbah yang menimpa watak-watak hitam yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.


“Tiba-tiba kilat memancar di belakang kami. Saya terperanjat dan hampir terlompat, spontan saya menoleh ke belakang. Saya nampak petir merah menyala menyambar mereka bertiga dan dua batang pokok kayu diikuti dentuman yang sangat kuat. Ia berlaku dalam tiga empat saat tapi saya nampak Tok Ayah menggelupur macam terkena karan, menjerit-jerit sebelum terpelanting ke dalam semak. Jasman dan Tahir rebah di situ juga. Saya tertiarap kerana terlalu takut dan terkejut. Mahat memeluk saya. Kami berdua terkencing di dalam seluar,” tambahnya lagi membalas segala pertanyaan dia dan salbiah.
Halaman 430.

Di samping itu juga pengarang mewarnai watak Sumayyah dengan nilai-nilai keislaman yang sejati, muslimah yang sentiasa bersyukur, insaf, sentiasa muhasabah dan menerima qada’ dan qadar dengan ikhlas hati. Kehilangan orang yang tersayang , kegagalan dalam ujian akhir yang sangat penting dan cintanya dikhianati, diterima dengan penuh keinsafan dan redha malah keimanan dan ketaqwaan menyemai dalam jiwanya. Situasi ini, menunjukkan intektualisasi Sumayyah menghadapi saat-saat yang menyedihkan.Yakin dan percaya pasti terselindung seribu rahmat dan rahsia disebalik musibah tersebut. Di samping itu, watak-watak seperti Fatihah, Hakimah, Marianis, Izzati, Nazura, ustazah Samihah dan lain-lain lagi diangkat oleh pengarang sebagai wanita muslim berperibadi unggul dengan impak yang sungguh baik. Rentetan dari itu, pengarang juga mengasuh jiwa pembaca dengan mengutarakan ayat-ayat al-Quran, doa, hadis nabawi, kata-kata pujangga dan kata-kata hikmah sebagai santapan rohani.

Nilai ekonomi
Sumayyah bukan saja diwarnai sebagai muslimah , pendakwah atau mahasiswi tetapi pengarang bijak mengadunkan watak tersebut menjadi seorang usahawan yang berani menyambung perjuangan ayahnya. Sembilan persepuluh sumber rezeki adalah datangnya daripada amalan muamalat. Justeru itu pengarang bertindak mengabadikan tradisi dan sunnah tersebut pada watak Sumayyah.
“Mana boleh tak fikir lagi, mesti fikir. Bagi saya , tak ada salahnya Sumayyah teruskan usaha arwah Haji tu. Berniaga ni sunnah nabi juga, kan hajah?
Halaman 220

Berdasarkan teori psikologi, pengarang mencipta imej Sumayyah yang tidak berpengetahuan langsung tentang selok belok perniagaan, namun naluri ingin tahu, yang dikuasai oleh prinsip ego, mendorongnya belajar dan menimba pengalaman daripada pembantunya.
“Hasratnya untuk belajar mengendalikan Desa Wali dan dia mesti cepat belajar. Namun siapa lagi yang berupaya mengajarnya selain lelaki berjanggut pandak itu. Hanya Muazam satu-satunya pekerja yang tahu hampir semua perkara.”
Halaman227

Naluri ingin tahu atau kemahuan yang menebal dalam diri Sumayyah menonjolkan personaliti sebenar Sumayyah yang tidak rasa malu dan tidak pernah jemu menuntut ilmu walaupun dia berada dalam golongan orang yang berpendidikan tinggi, di samping sikap cintakan ilmu samada ilmu ukhrawi ataupun duniawi demi kepentinga bangsa dan agama. Justeru itu tidak hairanlah pengarang mampu menghidupkan jiwa seorang Sumayyah sebagai usahawan yang gigih menghadapi cabaran dan saingan di dalam industri yang penuh cabaran itu.

Nilai politik
Merujuk kepada nilai politik pengarang sering kali, menyajikan beberapa permasalahan dunia global yang sering berlaku seperti perkembangan perang di Timar Tengah, kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, krisis politik di Iraq. Secara tidak langsung Sumayyah yang menuntut di bumi isra’,terdedah dengan lebih dekat lagi situasi politik yang sentiasa bergelora. Malahan, terdapat rakan kuliahnya yang menerima musibbah dan menderita kerana krisis politik yang melanda bumi isra. Wafa seorang gadis Arab berkulit cerah, berketurunan palestin tidak terkecuali menjadi mangsa pergolakan politik. Kerisauan sentiasa menerjah jiwanya, sukar dilontar jauh kerana ancaman kekejaman sentiasa bermain di hadapan mata,kerisauan realiti ini jelas digambarkan oleh pengarang dalam mencipta watak Wafa. Begitu juga dengan watak seperti Hayya pelajar sarjana yang berasal dari Iraq mengalami trauma. Dari sudut psikologi, mangsa peperangan akan mengalami trauma dan tekan yang kritikal dan kadang kala,sebagai manusia yang libidonya sering diruntun, sekali-sekala terdapat virus hipokondriakal, penyakit kemurungan dan tertekan. Meskipun menerima pelbagai tekanan dan tindakan kekejaman, penduduk Palestin tidak jemu-jemu berjuang dan berharap suatu hari nanti bumi mereka bebas dari penjajahan. Hal ini dapat dilihat melalui teknik imbas kembali yang menceritakan mangsa persengketaan dan pergolakan bumi Palestin.
“ Ingatannya juga mengimbas wajah Wafa gadis berbangsa Palestin yang bertandang ke rumahnya petang tadi.Parasnya yang sering berseri ceria tampak murum sungguh. Senyumannya yang selalunya bersaring madu bagai tidak bergula.”
Halaman 62.


Rumusan
Karyawan sastera adalah cerminan kepada masyarakat. Pengarang tidak menghasilkan sesebuah karya dalam ruang yang kosong. Hippolyte Taine, pernah menegaskan bahawa sastera adalah cerminan tiga unsure penting iaitu masa, masyarakat dan alam sekeliling. Apa-apa yang tercerna dalam sesebuah karya sastera tercetsu daripada pengalaman dan pengetahuan , yang diadun pula dengan kreativiti, imagimasi dan wawasan seseorang pengarang. Fenomena yang berlaku di persekitaran pengarang akan membekalkan bahan untuk dikarya dalam bentuk realiti kreatif. Manakala, menurut Hamzah Hamdani (1988:83) sasterawan ialah manusia biasa yang hidup dan menjadi anggota dalam masyarakatnya. Berikutan dari itu, sastera pada alaf baruini tidak lagi berfungsi sebagai hiburan, pendidikan dan kritikan sosial semata-mata, sebaliknya karya sastera juga mengandungi sensitiviti,emosi, wawasan dan harapan pengarang. Dengan kata lain karya sastera menjadi wadah seseorang pengarang melaksanakan jihad mereka seperti yang diketengahkan dalam novel Salju Sakinah garapan karyawan muda Zaid Akhtar, sarat dengan pergolakan jiwa manusia yang meniti kelangsungan kehidupan. Walaupun seribu permasaalah yang melanda namun ditangani dengan waras dan pertimbangan yang sewajarnya. Salju Sakinah novel islami yang disulami dengan nilai-nilai murni digarap dengan lenggok yang indah mampu memberi impak yang berkesan kepada pembaca dalam mengatur tindakan dan membina peribadi unggul sebagai khalifah di bumi fana.
Setiap peristiwa yang dibangunkan ada makna-makna siratannya, ditambah lagi dengan bahasa yang sederhana,bersih dan juga jernih, pengkaji berpendapat pengarang adalah seorang yang pintar menguasai sistem-sistem tanda karya. Seusai meneroka Salju Sakinah, pengkaji mendapati novel ini berupaya menjadi cerminan peribadi untuk mencari nilai diri dan mencari keredhaan Illahi


Bibliografi

Eagletton, Terry, (terjemahan Muhammad Haji Salleh), 1988. Teori Kesusasteraan Satu
Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamzah Hamdani(Penyelenggaraan).1988. Konsep dan Pendekatan sastera. Kuala
Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ilias haji Zaidi, 1986, Kesusasteraan Melayu Moden Jilid 1: Novel, Selangor. Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Malik b. Badri,1989. Konflik Ahli Psikologi Islam (Terjemahan oleh Fadlullah Wilmot)
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.Bhd.

Mana Sikana,2008,Teori Sastera Kontemporari :Edisi III, Bdr Baru bangi, Pustaka
Karya.

Rahman Shaari,1988, Kritikan Sastera Melayu, Pendekatan dan pemikiran:Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raman Selden,1989, Teori Kesusasteraan Sezaman (terjemahan Umar Junus ).Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roger Webster, 2004,Mengkaji Teori Sastera Suatu Pengenalan Edisi :II( terjemahan
Shamsuddin Jaafar ) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaid Akhtar,2008. Salju Sakinah.Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Hashim Ismail.Tragedi,Peristiwa dan Hikmah. Analisis Dalam Majalah Dewan Sastera,
halaman 70 – 73. Kuala Lumpur.

Rahman Shaari. Penekanan keinginan dalam Karya.Analisis dalam Majalah Dewan
sastera, halaman 72-75 April, 2003.Kuala Lumpur.

Che Abdullah Che Ya,Suara Kemanusiaan .Analisis dalam Majalah Dewan Sastera ,
Halaman 71-74 Julai , 2005

Analisis teori Takmilah Buku Puncak Jihad (Kumpulan Puisi Animas ar)

PENGENALAN

Konsep Sastera Islam di alam Melayu dibentuk oleh “Kiyal Cabul”, diketuai oleh Hamka, di Medan, pada 1930-an. Di Malaysia, wacana sastera Islam yang bersifat konseptual mula-mula muncul pada tahun 1965 oleh Yusof Zaki Yaakob dalam kertas kerjanya, yang dibentangkan pada Hari Sastera di Kota Bharu. Walau bagaimanapun, gelombang besar perbincangan mengenainya timbul ekoran daripada polemik antara Shahnon Ahmad dengan Kasim Ahmad pada dekad 1980-an. Impaknya cukup besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura dan Indonesia. Misalnya, Kompas, 24 November 2002 melaporkan konsep ‘Seni untuk masyarakat’ yang menjadi motif perjuangan Asas ’50 berteraskan nasionalisme, sejak begitu lama menguasai alam pemikiran sastera Melayu, merosot apabila tercetusnya polemik sastera di antara dua sasterawan besar Shahnon Ahmad dan Kasim Ahmad pada pertengahan tahun 1980-an.
Sejak itu, tradisi sastera yang berunsurkan Islam semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat. Sesuai dengan zaman kebangkitan Islam, ramai sasterawan di Malaysia dan Indonesia sudah mulai kembali menghayati karya-karya sastera yang berunsurkan Islam dan sufi. Di Indonesia ini dipelopori oleh penyair besar Abdul Hadi WM. Di Malaysia dipelopori oleh Yusof Zaki dan Shahnon Ahmad.
Perkembangan sastera Islam negara juga dipercayai bermula pada 1930-an. Ia semakin ketara pada 1970-an kerana ketika itulah berlakunya kebangkitan Islam. Melalui kerjasama antara DBP dan persatuan penulis setiap negeri, karya sastera berunsur Islam semakin bercambah dengan kemunculan penulis-penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Sastera Islam Berasaskan Teori Takmilah

Teori Takmilah merupakan perkembangan baru dalam dunia kritikan sastera tempatan. Ia menjadi pendekatan alternatif tengah-tengah keghairahan teori sastera dari Barat yang menguasai dunia sastera tempatan hari ini, berasaskan nilai-nilai estetika daripada al-Quran dan al-hadis.

Hasil daripada pengamatan teliti Prof. Madya Dr. Shafei Abu Bakar bersumberkan nilai-nilai estetika ini dan falsafah Islam yang berprinsipkan tauhid, teori sastera ini direalisasikan. Dari aspek penerapannya, takmilah mengarah kepada pemahaman bahawa sesebuah karya sastera merupakan salah satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan serta keindahan.

Ia secara umumnya didasarkan kepada tujuh prinsip utama iaitu kesempurnaan dari aspek ketuhanan (kamal), kerasulan (kamil), keislaman (akmal), prinsip ilmu (takamul), kesusasteraan (takmilah), pengkarya (istikmal) dan insan (kamil).

Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mohd. Mokhtar Abu Hassan melihat teori takmilah ini memberi sumbangan yang begitu penting dalam asas kritikan sastera tempatan dalam lingkup epistemologi Islam.

Menurutnya, secara takmilah, seseorang pengarang dan karya sastera yang sempurna menggabungkan unsur-unsur tersebut membentuk satu karya yang mampu mewadahi khalayak Islamnya sendiri.

Pengindahan dalam sastera untuk mencapai takmilah melibatkan semua aspek yang merangkumi penghasilan sesebuah karya. Ia merangkumi bentuk, isi, tema, struktur,
teknik, watak, perwatakan, sudut pandang, nilai, mesej, ideologi dan sebagainya.

Bagi karya-karya berbentuk puisi pula terdapat aspek-aspek khusus yang mencirikan kepuisian yang meliputi estetika, simile, metafora, alegori, personafikasi, simbol, citra, hiperbola, aliterasi, asonasi, pembayang dan maksud. Seseorang pengarang harus bertanggungjawab menyempurnakan hasil-hasil kreatif mereka dengan nilai-nilai estetika seni selaras dengan kehendak dan kesempurnaan-Nya. Dengan mengambil contoh Puisi ‘Anbiya’ karya Shamsuddin Jaafar, Mohd. Mokhtar melihat ianya begitu jelas memaparkan nilai-nilai takmilah yang berkait rapat kisah para nabi (ulama penerus ajaran Junjungan Besar).

Keagungan Allah juga dipancarkan oleh penyair dalam peristiwa pembinaan kapal ketika Nabi Nuh ditentang oleh pengikut-pengikut yang ingkar terhadap perintah-Nya. Kebesaran dan Keagungan-Nya dipaparkan oleh penyair dengan begitu teliti dan jelas menerusi kisah-kisah ini, termasuk pelbagai peristiwa sekitar Nabi Ibrahim a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan lain-lain, sekali gus mengajak manusia merenungi serta menghayati pengajaran daripada kisah-kisah ini.

Jelas, segala yang diungkapkan oleh penyair dalam Puisi ‘Anbiya’ mengarah kepada orientasi keislaman iaitu berhubung mengenai ketuhanan, akidah nabi dan Rasul. Ini sesuai dengan teori sastera Islam itu sendiri dari segi keindahan penyampaian melalui sastera dan indah dari segi nilai yang menyempurnakan pegangan keislaman serta falsafah tauhidnya. Segala-galanya dipaparkan semula oleh penyair dalam bentuk puisi untuk 'mentakmilahkan' manusia agar kehidupan manusia akan lebih sempurna.

Penyair turut menampilkan unsur-unsur keindahan dalam pelbagai aspek termasuklah unsur bunyi yang biasanya berulang dan persamaan bunyi untuk menyempurnakan bentuk, bunyi dan makna yang dianggap indah. Antara lain dalam Puisi ‘Anbiya’ diperlihatkan menerusi teknik perulangan yang sesungguhnya banyak ditemukan di Al Quran.

Dr Shafei Abu Bakar sesungguhnya berjaya melahirkan satu kerangka teori yang lengkap dan jelas dengan meliputi definisi, konsep, falsafah, prinsip dan dikemukakan contoh-contoh karya yang boleh diaplikasi dengan teori tersebut. Teori yang dikemukakan ini ternyata telah mendapat tempat kepada peneliti sastera dan pencinta teori kesusasteraan Islam.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Hjh Samsina bt Hj Abd. Rahman, teori takmilah berdasarkan kepada tujuh prinsip dengan bertunjangkan sifat kamal (kesempurnaan) Allah s.w.t. dan al-kamil Rasulullah s.a.w. dalam membina karya berunsur Islam.

Teori ini bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya melibatkan pelbagai aspek iaitu ketuhanan yang bersifat kamal, kerasulan sebagai insan kamil, keislaman yang bersifat akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak ke arah insan kamil.

Istikmal merujuk kepada pengkarya yang perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama, sastera dan ilmu bantu yang lain. Dalam hal ini, sastera boleh berperanan dalam menyempurnakan ilmu lain seperti sains, perubatan, kejuruteraan, geografi dan sejarah. Kebanyakan penulis mempunyai latar belakang berbeza seperti Aminah Mokhtar, seorang jururawat yang menghasilkan karya-karya berunsur agama.

Karya sastera Islam yang asli bersifat lebih syumul (menyeluruh). Teori takmilah, menurut Dr Shafie, mempunyai dua komponen utama iaitu komponen falsafah dan teknik berkarya, Dr Samsina yang mengkhusus dalam Kesusasteraan Melayu khusus dalam Puisi Islam, Teori Sastera Islam (Takmilah) dan Kesusasteraan Melayu Mistik (tasawuf).

Beliau berpendapat, perkembangan sastera Islam di Malaysia terbahagi kepada dua. Pertama, penulis muda yang berlatar belakang pendidikan agama yang cenderung menulis tentang Islam. Sudut kedua ialah penulis terkenal yang memilih karya berunsur Islam sesuai dengan peningkatan umur mereka. Antara hasil karya berunsur Islam ialah novel Imam oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussin, kumpulan puisi al-Amin karya A. Samad Said yang juga Sasterawan Negara dan novel Muhammad Akhir karya Anas K. Hadi Maja.“Contohnya, Shamsudin Othman dan Rahimidin Zahari yang aktif melahirkan puisi Islam serta Faisal Tehrani dengan genre cerpen dan novel menunjukkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penulis muda.

Sastera Islam perlu lebih fokus kerana ia membabitkan ilmu agama, fardu ain dan fardu kifayah. Penulis sastera Islam mempunyai tugas berat kerana setiap karyanya akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Soal agama bukan perkara yang boleh dipermain-mainkan.

Latar Belakang Teori dan Pendekatan Takmilah

Teori dan pendekatan Takmilah kini sudah menjangkau usia hampir 16 tahun iaitu apabila ia mula diperkenalkan oleh Dr Shafie bin Abu Bakar pada 29 hingga 31 Oktober 1992. Pada awalnya beliau tidak menggunakan istilah Takmilah tetapi menggunakan tajuk “ Sastera Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid”. Kertas kerja ini dibentangkan dalam satu seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Port Dikson.

Lanjutan daripada itu beliau telah menjelaskan idea mengenai teori Takmilah dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 hingga 8 September 1993. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin: Sebagai model Sastera Islam”. Dr Shafie Abu Bakar menggunakan istilah Takmilah dengan pengolahan teks yang dipilih tetapi bukan sebagai judul utama kertas kerja.

Penggunaan istilah “Takmilah” sebagai judul kertas kerja dikemukakan oleh beliau dalam satu Nadwah Sastera Islam Antarabangsa , juga dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 hingga 3 Disember 1993. Kertas kerja itu bertajuk “Takmilah: Teori Sastera Islam”. Kertas kerja ini disiarkan dalam majalah Dewan Sastera terbitan bulan Ogos dan September 1994.

Aplikasi teori ini kemudianya telah dilakukan oleh Dr Shafie Abu Bakar terhadap kumpulan puisi ‘Kau dan Aku’ karya A. Aziz Deraman dengan judul “Kau dan Aku: Analisis Takmilah”. Ia dijadikan esei kritikan dan disiarkan dalam majalah Dewan Sastera keluaran bulan Januari 1995, seterusnya beliau terus mengaplikasi teori Takmilah dengan menganalisis puisi-puisi melayu moden berunsur tasawuf hingga beliau menamatkan pengajian peringkat Ph.D pada tahun 1996.

Penerapan dan aplikasi teori ini terus dilakukan hingga kini menjadi projek penyelidikan pelajar pada peringkat Bachelor, Sarjana, dan Doktor Falsafah sama ada di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya malah di Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri.

Menurut Dr Shafie Abu Bakar teori Takmialh yang dibina secara berhubung rapat dengan falsafah dan prinsip-prinsip keislaman adalah bersifat syumul (menyeluruh) dan holistik. Sifat syumul dijelaskan iaitu ia mesti bertolak dari falsafah tauhid yang bersifat doktirinik yang kukuh dalam islam. Dari sifat ‘Kamal Allah’ yang menjadi unsur bagi Takmilah sebagai elemen mendidik dan tajmilah (keindahan/estetik) sebagai elemen seni dan sastera yang meningkatkan martabat insan seperti yang tergambar pada sifat Rasulullah S.A.W.

Beliau menegaskan ada dua komponen utama iaitu Komponen Falsafah yang mewarnai nilai-nilai seperti kebaikan, kebenaran, kemulian, dan ketinggian serta Komponen Seni yang mewarnai karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri. Kedua-dua komponen ini merangkumi nilai baik dan buruk yang ditegaskan dalam teori ini adalah sebagai pendorong Dr Shafie Abu Bakar . Beliau juga mengenengahkan nilai-nulai yang tidak diketemui dalam teori-teori kesusasteraan yang terdahulu agar dapat digunakan dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu-Islam.


Teori ini dikatakan bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya yang tujuh melibatkan segala aspek iaitu Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak. Tujuh prinsip tersebut sebagai mana diutarakan melalui Dewan Sastera 1996 dan diperhalusi dalam kertas kerja yang dibentangkan pada tahun 2000 adalah seperti berikut:
1) Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal.
2) Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil.
3) Prinsip keislaman yang bersifat Akmal.
4) Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul.
5) Prinsip sastera sendiri yang bercirikan estetika dan bersifat Takmilah.
6) Prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri.
7) Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka kearah insan Kamil.


Analisis Takmilah dalam Puisi ‘Puncak Jihad’. Kumpulan Puisi Anismas Ar
Analisis puisi ini akan merujuk kepada tujuh prinsip yang berteraskan teori Takmilah yang diutarakan oleh Dr Shafie Abu Bakar dalam kumpulan puisi Anismas Ar karya Dr Hjh Samsina bt Hj Abdul Rahman yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008.

1. Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal

Prinsip teori takmilah dalam pengetian Dr Shafie Abu Bakar mengenal sifat Allah yang mempunyai sifat yang sempurna iaitu sifat Kamalnya. Maksud takmilah itu ialah Menyempurnakan.
Dalam puisi ini penyair mencatatkan pengalamannya semasa mengerjakan haji dan sewaktu penyair hampir bertolak ke Mekah, beliau merakamkan pujian-pujian yang berbentuk doa kepada tuhan melalui bait- bait puisi tersebut yang mengagung-agungkan sifat Allah dalam puisi “Muqadimah Catatan Suci Puncak Jihad”
Maha suci-Mu ya Quddus
Maha Agung-Mu ya Azim
Maha Pemurah-Mu ya Rahman
Maha Pengasih-Mu ya Rahim
Pabila sampai saatku ini
Permudah kembaraku ke puncak jihad-Mu
(2008: 1)
Perasaan berserah kepada Allah ini timbul kerana penyair bersyukur kerana menjadi tetamu Allah iaitu pergi menunaikan haji yang dapat kita lihat pada bait pertama hingga bait keempat dalam puisi tersebut iaitu:
Sekali telah tercatat di tangan taqdir
Panggilan-Mu tiada mungkir
Menjemputku sebagai tetamu-Mu
Haji puncak Ketaatan ibadah
(2008: 1)
Penyair juga membawa pembaca dalam mengenal sifat-sifat Allah apabila merakamkan pengalaman ketika bersembahyang subuh di Masjid Nabawi melalui syair ‘Masjid Nabawi (i)’ ungkapannya berikut:
Alhamdulillah ya Rahman
Alhamdulillah ya Rahim
Alhamdilillah ya Qahhar
Alhamdulillah ya Razzaq
Alhamdulillah ya Kamal
Hanya itu yang mengalir di bibir
Lalu sujud menyerah diri
Meneruskan jihad rohani-jasmani
Di bumi sucimurni ini
(2008: 4)
Konsep kesempurnaan ini dapat kita garap apabila kita membaca tafsir Pimpinan ar-Rahman cetakan kelima dalam Surah Al Mu’min ayat 64 dan 65 yang membawa maksud:

Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya; dan ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (KekuasaanNya dan kemurkaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, tuhan sekian alam.
(1992: 1257)
Dialah yang tetap hidup; tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekian alam.
(1992: 1257)

Di dasari perasaan rendah diri dan berjiwa tauhid serta mengharapkan keampunan dari Allah, penyair berdoa setelah bersolat sunat dua rakaat di Ta’naeem memperlihatkan bahawa dirinya sebagai hamba yang serba kekurangan dan lemah dan mengharapkan agar tuhan memberikan perlindungan baik di dunia apatah lagi azab di alam kubur. Kita dapat menghayati syair apabila membaca syair yang bertajuk “Jihad Umrah Sunat Pemula” seperti berikut :
Memulakan miqat di Ta’naeem
Dengan solat sunat 2 rakaat
Diriku dan kekasihku
Serta beberapa tetamu-Mu
Menuju Baitul Atiq-Mu
Sebelum kukitari rumah-Mu
Ku angkat tangan sambil berdoa
Alllah Yang Maha Agung (5X)
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
Melainkan Allah yang Maha Esa
Tiada sekutu bagi-Mu
Tiada tuhan memerintah segala sesuatu
Segala puji untuk-Mu
Dialah Tuhan Yang berkuasa atas setiap sesuatu
Aku berlindung daripada kekufuran
Aku berlindung daripada kemiskinan
Aku berlindung daripada azab kubur

(2008: 22)
Pengalaman penyair sewaktu diuji dengan cuaca yang sejuk ketika di Arafah sehingga menukarkan suasana yang panas menjadi sangat sejuk memberi kesan kepada pembaca bahawa kuasa Allah menentukan segalanya, penyair berdoa dengan menyebut sifat-sifat Allah serta menyerahkan segalanya kepada takdir. Syair “Doa di Bumi Arafah-Mu” pada bait 10 hingga 20 seperti berikut:
Apa yang termampu
Kupohon pada-Mu
Hidup dan matiku
Hanya untuk-Mu
Hanya kerana-Mu
Ya Aziz
Ya Qahhar
Ya Malik
Ya Khaliq
Aku redha dengan jihat ini
Aku pasrah dengan taqdir-Mu
(2008: 52)

Di halaman yang terakhir syair ini iaitu pada halaman 67, penyair banyak memanjatkan syukur kepada Allah kerana segalanya cita-citanya untuk menyempurnakan rukun Islam kelima telah dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya dihamburkan dengan kata-kata yang penuh kesyukuran .
Diri kembali ke fitrah suci
Berkaca-kaca bercahaya-cahaya
Meliputi rohani jasmani
Meliputi rohani jasmani
Meliputi akal dan jiwa
Mentakmilah puncak jihad ini
Alhamdulillah
Moga jihad ini bukanlah
Al-khatimah hakiki
Masih terhimpun redupnya cinta abadi
Masih menggunung tingginya kasih sejati
Masih menguntum mawar saying hakiki
Buat-mu Ya Ilahi Rabbi
Buat-mu Ya Ilahi Rabbi
Maha suci
Maha suci
Maha suci
Maha suci
Maha suci
Maha suci
(2008: 66-67)


2. Prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil

Menurut Dr Shafie Abu Bakar, teori takmilah juga mempunyai pertalian dengan Rasulullah sebagai insan Kamil yang bererti manusia sempurna dalam falsafah pemikiran Islam bermaksud tergabung tiga-tiga konsep ideal keinsanan iaitu insan Kamil, insan Khalifah dan insan Rabbani (Dewan sastera, 1996:28). Ketiga-tiga konsep ini terbukti dalam sejarah Islam dimiliki oleh baginda Rasulullah yang mendapat gelaran al-Amin (yang jujur dan yang benar), al-Mustafa (yang terpilih) dan habibullah (kekasih Allah).

Rasullullah sebagai insan khalifah merupakan seorang pemimpin, pentadbir, hakim dan panglima perang. Baginda mempunyai peribadi yang mulia dan akhlak yang terpuji dengan segala sifat yang istimewa (mukjizat) dari baginda kecil hingga ke saat kewafatannya (Samsina Abd. Rahman, 2001: 17)

Penyair membawa tumpuan para pembaca dengan meletakkan puji-pujian kepada Rasulullah dalam syairnya yang bertajuk “Masjid Nabawi (i)” di mana beliau telah berselawat dan memuji-muji baginda sebagai insan kamil :
Setinggi-tinggi salawat buat kekasih-Mu
Ya Rasululah penuh kemulian
Ya Rasululah penuh kebekatan
Ya Rasululah penuh kekamilan


Kecintaan penyair terhadap Rasulullah dapat kita perhatikan dalam menafsir syair beliau yang mana penyair melafazkan selawat dan salam kepadanya dan memohon syafaat daripada rasulnya pada hari kiamat nanti, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyair amat memahami konsep insan kamil yang dibawa dalam teori ini. Penyair melahirkan perasaannya melalui syair “ Masjid Nabawi (v)” dan “Masjid Nabawi (vii)
Selawat dan salam
Buat ya kekasih Allah
Selawat dan salam
Buatmu ya insan al-Kamil
Selawat dan salam
Buatmu ya rasul terakhir
Kupohon
Syafaat darimu – di sana nanti
Amin Amin ya Rabbal alamin
(2008: 9)
Di sini
Mulut seakan terkunci untuk yang lain
Bibir mengalir zikir
Bibir mengalir tasbih
Bibir mengalir tahmid
Bibir mengalir takbir
Bibir meluncur salawat dan salam
Bibir meluncur salawat dan salam
Buat Nabi Junjungan
Habibullah-Mu
Segala cinta dan rinduku
Hanya untuk-Mu ya Allah
Hanya untukmu ya kekasih Allah
Terimalah cinta dan jihad ini
Terimalah cinta dan jihad ini
Terimalah cinta dan jihad ini
(2008: 11)


Perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah bukan sahaja dengan baginda sahaja malah dengan seluruh kaum kerabatnya. Sewaktu melawat kawasan pemakaman keluarga dan sahabat Rasulullah dan digambarkan dengan ingatan bahawa nabi sering berdoa keampunan terhadap mereka di perkampungan Baqi, ini menunjukkan keistimewaan Rasul yang sentiasa berdoa demi kesejahteraan seluruh umatnya. Sayang Rasulullah terhadap umatnya dipaparkan dalam sirahnya , ketika hampir ajalnya nabi masih menyebut umatku,umatku, begitu sayangnya Rasulullah terhadap umatnya. Perasaan cintakan nabi dan keluarganya di interpitasikan dalam syair “ Al-Baqi al-Tayyibah”
Di samping rumah-Mu
Di sisi rumah kekasih-Mu
Telah bersemadi jasad-jasad suci
Di pemakaman Baqi
Antaranya ahlul bait, keluarga Rasulullah
(2008: 25)

3. Prinsip Keislaman yang Bersifat Akmal

Melalui prinsip ketiga teori Takmilah, Dr Shafie Abu Bakar (1996:29) ingin menjelaskan bahawa islam adalah sebagai agama yang sempurna dan mampu menyempurnakan segala aspek kehidupan manusia termasuk aspek bersastera. Karya yang terhasil dapat memainkan peranan kepada individu dan seluruh masyarakat agar dapat mempraktikkan segala ajaran Islam . Jelas beliau kesempurnaan Islam bukan sahaja mengenai konsep keimanan sahaja tetapi tentang praktik amalan dan mematuhi segala syariat Islam. Dalam Kumpulan Puisi “Puncak Jihad” ini jelas tergambar tentang pengalaman penyair sewaktu menunaikan haji yang dipenuhi dengan sembahyang, doa, selawat dan segala rukun ibadah haji yang lain akan kita lihat dengan contoh-contoh syair beliau di bawah ini. Penyair memanjatkan kesyukuran beliau dalam syair “ Kota Makkah Al-Mukarramah” setelah menjejakkan kaki ke Makkah, pengucapan kalimah syahadah juga memperjelaskan asas rukun Islam yang pertama diucapkan oleh beliau, bait-bait syairnya seperti berikut:
Menjejak bumi penuh kesucian ini
Merasai bumi penuh keberkatan ini
Menjamah bumi penuh kemuliaan ini
Bibir mengalir tahmid
Bibir mengalir tasbih
Bibir mengalir takbir
Dua kalimah syahadah terluah
Dua kalimah syahadah tercurah
Tiada kalimah yang lain terukir
(2008: 18)

Amalan bertawaf di Kaabah juga diperlihatkan oleh penyair sewaktu selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak dilihat dalam syair yang bertajuk “ Lorong-lorong Jihad”. Menunjukkan kepatuhan beliau kepada suruhan Allah.
Menuju ke pintu Malik Abdul Aziz
Menyahut pangilan suci-Mu
Menyahut seruan suci-Mu
Meneruskan kembara jihad rohani jasmani
Selepas Maghrib dan Isyak
Kukitari Baitul Atiq-Mu
Kukitari rumah-Mu ya Allah
Kukitari Ka’abah-Mu ya Rahman
Kukitari Baitullah-Mu ya Rahim
(2008: 21)

Bermiqat di Ta’naeem jelas digambarkan dalam syair “Jihad Umrah Sunat Pemula”. Penyair dan suaminya bermiqat dan solat sunat dua rakaat sebagai langkah mula menunaikan umrah.

Memulakan miqat di Ta’neeem
Dengan solat sunat 2 rakaat
Diriku dan kekasihku
Serta beberapa tetamu-Mu
Menuju Baitul Atiq-Mu
(2008: 22)
Amalan bersa’ie juga diceritakan dalam rakaman pengalaman penyair sewaktu mengerjakannya dan ia merupakan salah satu rukun haji dapat kita lihat dalam syair yang bertajuk “Ketika Bersa”ie Aku Bermunajat”.

Sesungguhnya safa dan marwah itu
Sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah
Maka sesiapa yang menunaikan ibadat
Haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah
Maka tidaklah menjadi salah ia
Bersa’ie (berulang-alik) di antara kedua-duanya
(2008: 24)


4. Prinsip Ilmu Dengan Sastera Yang Bersifat Takamul


Konsep Takmilah boleh dilihat dalam hubungan sastera dengan ilmu yang mempunyai pertalian dengan fakulti diri yang penting khususnya akal dan hati. Dalam Islam, diterima bahawa akal adalah alat yang paling utama bagi mencapai keilmuan. Karya sastera dalam Islam bukan sahaja berbentuk hiburan tetapi boleh menyampaikan mesej pendidikan kepada pembaca dan yang pentingnya ia bukanlah sesuatu yang dibaca semasa senggang tetapi boleh mendidik serta mengingatkan kebesaran Allah S.W.T . Bagi membicarakan tentang prinsip keempat ini teori Takmilah dilihat dari hubungan puisi sebagai genre dan ilmu sastera dengan sejarah Islam khususnya Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya, Nabi Ibrahim dan Keluarganya, tempat-tempat bersejarah, ilmu perubatan, keagamaan dan kerohanian.

Sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W cuba dibangkitkan oleh penyair dimana beliau terkenang akan sirah wahyu yang diturunkan kepada Baginda semasa sembahyang di Masjid Nabawi ini kita dapat lihat dalam syair “Raudhah Al-Mutahharah”.
Selepas solat subuh
Aku ke taman syurga-Mu
Taman penuh kemuliaan
Raudhah penuh kesucian
Raudhah penuh keberkatan
Terkenang detik turunnya
Wahyu kekasih-Mu
(2008: 6)


Proses kerasulan nabi-nabi jelas digambarkan dalam Surah An-Nahl ayat kedua yang dilihat proses kerasulan melalui wahyu yang dibawa oleh malaikat, petikan ini diambil dari tafsir Ar-Rahman;

Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu ia berfirman kepada Rasul-rasulnya); “Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepadaKu”
(1993: 629)


Unsur-unsur perubatan juga didapati dalam syair “Sumur Zamzam-Mu”. Penyair menyatakan tentang kebaikan air zam-zam sebagai penawar, penyembuh dan azimat kepada segala penyakit . Air Zam-zam juga dikatakan sebagai air yang penuh khasiat.
Zamzam-Mu
Adalah penawar-penyembuh-azimat
Adalah minuman penuh khasiat
Tak terbandingkan
Tak tertandingkan
(2008: 28)


Penyair juga tidak ketinggalan dalam menceritakan tentang sejarah yang terdapat di sana semasa mengejakan haji . Penyair cuba membawa pengalaman beliau menerusi syair “Bukit Kasih Sayang-mu” mengenai tempat pertemuan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa.

Setelah menerima kaffarah-Mu
Adam dan Hawa dipertemu
Di Jabal Rahmah-Mu
Penuh mesra
Penuh makna
Mencatat sejarah di bumi Arafah
(2008: 34)

Apabila penyair menjejakkan kaki ke Hudaibiyah beliau teringat tentang perjanjian Hudaibiyah yang menjadi punca perdamaian antara Islam dan Kaum Quraisy ini menjadi titik tolak jatuhnya Kota Makkah ke tangan orang-orang Islam, menerusi syair “Hudaibiyah dan Janji-Mu”.

Menjejak bumimu Hudaibiyah
Terpandang kebijaksanaan Rasulullah
Menghantar Uthman Affan
Berunding dengan Suhail Amru
Di bawah “Baiah al-Ridwan”
Termeteri perjanjian Hudaibiyah
Mencipta perdamaian Islam-Quraisy
Mencipta keharmonian tanpa perang
Setiap warga Arab bebas memilih
Islam atau penyembah berhala
Di sini dalam lawatan ini
Hanya tinggal sisa-sisa sejarah
(2008: 40)


5. Prinsip Sastera Sendiri yang Berciri Estetik dan Bersifat Takmilah

Menurut Shafie abu Bakar (1996: 29-30), prinsip ini dilihat dari dua aspek keindahan lahiriah dan keindahan maknawi. Aspek keindahan lahiri menyentuh soal teknik, bentuk, struktur dan gaya bahasa yang dapat dilihat secara luaran. Manakala aspek keindahan maknawi pula merujuk kepada mesej, pemikiran, sudut pandangan, dan falsafah yang tersirat di dalamnya. Tegasnya, prinsip ini menjurus kepada proses penciptaan dan pembinaan karya sastera secara kreatif, indah dan sempurna baik dari aspek dalaman mahupun luaran.

Hasil analisis terhadap puisi Puncak jihad ini kita dapati terdapat unsur penggunaan bahasa Arab ini kerana penyair banyak menggunakan laras bahasa doa yang sinonim
penggunaannya di kalangan masyarakat melayu khasnya. Misalnya penggunaan bahasa Arab seperti berikut:
1. Maha suci-Mu ya Quddus (2008: 1)
2. Subahanallah – Maha suci-Mu ya Allah (2008: 2)
3. Akhirnya kami menjejaki kota Tayyibah (2008: 3)
4. Alhamdulillah ya Rahman (2008: 4)
5. Raudhah penuh keberkatan (2008: 6)
6. Ya Rabbi (2008:8)
7. Amin ya Rabbal alamin (2008: 14)
8. Al-khatimah hakiki (2008: 67)

Penyair juga gemar menggunakan teknik perulangan dalam syair-syairnya ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam memohon keampunan dari tuhan dan doa kepada anak-anaknya dapat kita lihat dalam syair-syairnya. Teknik perulangannya seperti berikut:
1. Aku datang menyahut panggilan-Mu ya Allah (2008: 2)
2. Hamba datang menyahut panggilan-Mu (2008: 2)
3. Terimalah cinta dan jihad ini (2008: 11)
4. Aku datang menyahut panggilan suci-Mu (2008: 17)
5. Maha Suci Allah Yang Esa (2008: 19)
6. Allah Yang Maha Agung (2008: 22)
7. Jadikan mereka anak-anak yang soleh (2008: 42)
8. Moga hajiku haji yang mabrur (2008: 63)
9. Buat-Mu Ya Ilaahi Rabbi (2008: 67)
10. Maha suci (2008: 67)

Penyair juga mengunakan unsur-unsur gaya bahasa yang menarik dalam menghiaskan syairnya supaya menarik dibaca. Penggunaan metafora digunakan untuk mengindahkan dan memberi kesan yang baik dalam syair beliau.

Kota penuh kemuliaan
Sejuta laut kesyukuran
Sejuta laut pujian
((2008: 3)




Dalam mendaki puncak jihad ini
Sujud sejuta kesyukuran
Lantaran peluang terbentang
Menziarahi taman syurga-Mu
Menyerahdiri keedilfakir
Mengabdi setaat seikhlasnya

Mengalunkan kalam-kalam-Mu
Di taman syuarga ini
Bersama mutiara-mutiara jernih
Menuju puncak insaf
Memasuki pinti taubat
Menyelami mada hakikat
(2008: 6)


Lemas dalam lautan manusia
(2008: 13)


6. Prinsip Kepada Pengkarya yang Seharusnya Mengistikamalkan Diri

Penghasilan karya sastera Islam yang sempurna lagi menyempurnakan akan terhasil sekiranya pengkarya melengkapkan diri dengan menguasai ilmu-ilmu keislaman dan ilmu-ilmu berhubung dengan sastera. Ilmu-ilmu keislaman dan merujuk bukan sahaja bersifat asas malah yang khusus dan mendalam serta seterusnya menerapkannya ke dalam kehidupan seharian. (Dr Shafie Abu Bakar, 1996: 30). Menurut Muhammad Kamal Hasan menjelaskan bahawa sastera Islam perlu lahir daripada sasterawan yang mempunyai jiwa keislaman.

Ilmu-ilmu Islam yang terdapat dalam jiwa penyair akan memberinya ruang yang baik dalam menjiwai karya-karya yang berunsur keislaman. Penyair dalam karya ini merupakan dibesarkan dalam satu keluarga yang mengamalkan dan mempratikkan ajaran Islam dimana ayahnya seorang tokoh pendakwah yang terkenal di kawasannya, telah berjaya meniupkan roh keislaman kepada setiap anak-anaknya.

Penyair banyak mempraktikkan segala ajaran oleh ayahandanya dalam bicara puisinya. Penyair juga pakar dalam ilmu kesusasteraan Islam di mana dalam tesis Ph D, beliau telah menggunakan teori Takmilah yang dikemukakan oleh Dr Shafie Abu Bakar untuk menganalisis unsur-unsur tasawuf dalam puisi-puisi Melayu moden di Malaysia dan Indonesia sepanjang dekat 1970 hingga 1990. contoh-contoh syair yang membuktikan pengarang telah mengistikmalkan dirinya dengan segala ilmu yang perlu dalam menghasilkan puisi “Puncak Jihad” ini ialah:
Maha Suci-Mu ya Quddus
Maha Agung-Mu ya Azim
Maha Pemurah-Mu ya Rahman
Maha Pengasih-Mu ya Rahim
Pabila sampai saat ini
Permudahkan kembaraku ke puncak jihad-Mu
(2008: 1)


Alhamdulillah ya Rahman
Alhamdulillah ya Rahim
Subhanallah ya Qahhar
Subhanallah ya Razzaq
Subhanallah ya Kamal
(2008: 4)


Buatmu ya Rasul terakhir
Kupohon
Syafaat darimu – di sana nanti
Amin amin ya Rabbal alamin
(2008: 9)



Satu lagi ciptaan-Mu perlu diperhati di Baitul Atiq
Hajar Aswad-Mu
Yang menjadi hitam lantaran
Dosanoda umat-Mu
Ya Allah – bersihsucikan diri sesuci-sucinya
(2008: 27)



Penyair juga seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu sentiasa menginginkan kesejahteraan buat kaum keluarganya, tidak berhenti-henti berdoa agar rahmat Allah sentiasa menyelubungi diri dan keluarganya. Pengistikmalan diri dapat digarap dalam doa-doa nya seperti berikut:

Demi melangit luas
Rahmat dan kasih sayang-Mu
Jadikan diriku muslimat sejati
Jadikan diriku isteri terpuji
Jadikan diriku ibu mithali
Jadikan diriku hamba hakiki
Amin Amin ya Rabbal alamin
(2008: 8)



Daku berdoa sekhusyuknya
Ampunilah segala dosaku
Ampunilah segala dosa ibubapaku
Ampunilah segala dosa putera-puteraku
Ampunilah dosa seluruh umat Islam
(2008: 14)


Ku pohon
Moga cinta kasih sayangnya
Kekal seabadi cinta-Mu
Kerana aku dan dia adalah
Milik-Mu jua
Amin
(2008: 20)


7. Prinsip Khalayak bertujuan memupuk Mereka ke Arah Insan Kamil

Prinsip akhir teori Takmilah adalah menentukan penghasilan sesebuah karya sastera perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar serasi dengan kehendak dan kepentingan sastera Islam. Matlamat dalam prinsip terakhir ini adalah bertujuan untuk memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia baginda Rasulullah S.A.W.

Penyajak telah berjaya merakamkan karyanya semasa beliau dan suaminya menunaikan haji, dalam catatan pengalaman semasa mengerjakan haji itu beliau telah berjaya meluahkan perasaan kecintaannya terhadap Allah, Rasulnya. Segala luahan perasaan telah diterjemahkan dalam karyanya yang diberi nama “Puncak Jihad” ini jelas tergambar apabila kita membaca setiap bait-bait sajaknya yang penuh dengan doa-doa memohon keampunan dari Allah.

Kepakaran dan kefahaman penyair terhadap teori Takmilah ini membawa para pembaca dapat menghayati teori ini dengan lebih jelas apabila saat mula membaca hinggalah selesai. Tidak terlalu sukar untuk kita memahami tentang teori ini kerana hampir setiap syairnya mengandungi terjemahan teori ini. Catatan pengalaman beliau dari saat mula untuk menunaikan fardu haji tersusun hinggalah beliau selesai menunaikannya amat menarik perhatian pengkaji apabila catatan dibuat hampir setiap hari dengan penuh teliti.seperti membaca sebuah novel.

Tegasnya karya ini memiliki sifat memupuk pembaca ke arah menjadi insan kamil bukan sahaja kerana teorinya tetapi jiwa penyair yang mempraktiknya dalam mengerjakan ibadah haji amat mengkagumkan pengkaji.

Kesimpulan

Hasil analisis terhadap syair Kumpulan puisi Anismas Ar “Puncak Jihad” ini mendapati bahawa segala elemen-elemen yang terdapat dalam teori Takmilah terdapat dalam sajak ini dan ia berjaya mengungkapkan konsep ‘kesempurnaan’ dalam karya ini. Justeru dengan itu dapat dikatakan kumpulan syair (Puncak Jihad) ini boleh dikategorikan sebagai sebuah karya sastera Islam, kerana menepati konsep Takmilah.

Keakuran dan kesebatian penyair dengan ajaran Islam jelas menunjukan bahawa karya yang dihasilkan bukannya suatu karya yang cuba dibuat-buat kerana tanpa kefahaman tentang ajaran Islam yang mendalam, tidak memungkinkan pengkarya boleh menghasilkan suatu karya sebaik ini.

Prinsip Ketuhanan yang Bersifat Kamal (sempurna) telah dibawa dengan cukup jelas dan baik dalam hasilan beliau, di mana banyak hasilan dari syair ini memuji-muji Allah dengan memperlihatkan sifat-sifat Allah yang amat sempurna melalui doa-doa penyair yang mengharapkan keampunannya.

Prinsip Kerasulan Sebagai Insan Kamil juga dapat kita lihat dengan jelas dalam karya ini. Kecintaannya terhadap Rasulullah dapat dibuktikan dalam doanya dan memohon agar diberi syafaat di akhirat nanti. Perasaan kagumnya juga terhadap kecekalan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail yang ikhlas mengabdikan diri dan sanggup berkorban untuk mendapat keredaan Allah .

Prinsip Keislaman yang Bersifat Akmal juga berjaya diterapkan dalam karya ini, di mana penyair berjaya mempraktikkannya dalam mengerjakan ibadat haji seperti bersembahyang, berdoa, berzikir, dan segala rukun haji diterangkan di dalamnya dan ia menepati ciri-ciri insan Kamil.

Prinsip Ilmu Dengan Sastera yang Bersifat Takamul yang tertumpu kepada konsep ilmu sastera yang dapat menyempurnakan ilmu-ilmu lain boleh kita lihat dalam syair tersebut contohnya terdapat sirah Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Adam, perjanjian Hudaibiyah serta ilmu sains tentang kebaikan atau kegunaan air Zamzam yang boleh menjadi penayar segala penyakit.

Prinsip Sastera Sendiri yang Berciri Estetik dan Bersifat Takmilah dilihat dari aspek keindahan lahiran dan maknawi. Penyair berjaya menghiasi hasilannya dengan cara yang cukup puitis dengan menggunakan pelbagai teknik gaya bahasa yang baik supaya pembaca dapat menghayati keindahan syairnya.

Prinsip Kepada Pengkarya yang Seharusnya Mengistikamahkan Diri dapat kita fahami apabila membaca puisi tersebut dan disitulah terbitnya kefahaman pembaca terhadap pengetahuan dan keilmuan penyair terhadap ajaran Islam. Sesungguhnya kefahaman tentang Islam telah meresapi setiap bait-bait syairnya.

Prinsip Khalayak Bertujuan Memupuk Mereka ke Arah Insan Kamil telah berjaya diselitkan dalam karya ini dengan sempurna, ini kerana penyair telah berjaya membuka minda pengkaji dan juga pembaca dengan menerapkan perasaan kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah, serta berjaya mempraktikkan dengan amalan-amalannya. Kesimpulannya syair “Puncak Jihad” memiliki ciri-ciri yang sempurna yang melayakkannya dikategori sebagai sebuah karya sastera Islam kerana terdapat elemen-elemen tauhid, syariat,akhlak dan ilmu-ilmu lain.



Bibliografi

Samsina Abd Rahman.Puncak Jihad (Kumpulan Puisi Anismas ar).Selangor: Universiti
Putra Malaysia, 2008.


SheikhAbdullah Basmeh. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an.
Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1992.


Mohamed Anwar Omar Din. Sastera Islam Citra Nurani Ummah.Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005.