Thursday, September 10, 2009

KRITIKAN SASTERA

Kritikan sastera bermula kira-kira 2400 tahun dahulu iaitu pada zaman Plato (427-347 S.M) namun ketika itu perbalahan antara penulis dengan pengkritik tentang realiti sastera . Golongan idealis menganggap sastera sebagai dunia dalam, dunia subjektif penulis atau pengkritik dan dengan demikian tiada pengukuran objektif untuk menilainya, ia dikenali sabagai teori kritik sastera ‘perasaan’.
Golongan materialis menganggap sastera sebagai objektif yang bebas dari penciptanya dan dari manusia dan nilaian .dibuat atas dasar ianya struktur, teknik atau bentuk semata-mata. Kritikan ini digelar kritikan sastera Fomalisme. Kassim Ahmad berpendapat kedua-dua teori ini salah kerana hakikat dan konsep sastera yang salah. Sastera mempunyai sumber-sumber di luar sastera iaitu manusia dan masyarakat. Alam ini adalah realiti yang objektif yang memberikan sifat objektif kepada sastera. Sastera yang dicipta meninggalkan sifat subjektif pada sastera. Dengan demikian sastera adalah satu gambaran artistic kepada hubungan antara subjek dan objek, antara manusia individu dan manusia kolektif. Tegasnya sastera yang dinamik berdasarkan teori kritik yang saintifik.
Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, bidang kritikan dapat dianggap sebagai yang muda berbanding dengan genre sajak, cerpen, drama, dan novel. Kelahiran kritikan adalah kesan tindak balas berikutan daripada kelahiran genre yang lain. Fungsi utama kritikan ialah memberi pandangan, mengkritik, menghayati, memberi reaksi dan seumpamanya, kritikan dalam kesusasteraan Melayu secara formal juga lahirdengan fungsinya yang memperkatakan atau memberi pandangan terhadap karya Melayu. Kritikan yang terawal dapat dikesan kritikan teks Sejarah Melayu atau Sulalatus- Salatin karya Tun Seri Lanang.


KRITIKAN DALAM KESUSASTERAAN

Istilah kritikan berasal daripada perkataan Yunani Krino (menghakimi), Krites (hakim), Kritikos (hakim kesusasteraan)yang dipakai sejak abad keempat sebelum masihi. Secara umumnya kritikan sastera ialah segala perbicaraan tentang hasil karya yang meliputi pelbagai aspek seperti aspek teoretis, pengarang dan kepengarangan dan segala hal yang berhubung dengan fenomena masyartakat dalam sesebuah karya sastera.
Fungsi kritikan ialah membuat penilaian untuk melihat kelebihan atau kelemahan sesebuah karya sastera. Pengkritik yang berwibawa akan membuat penilaian atau pertimbangan secara jujur dan tidak emosional. M.K Danziger dan W.S Johnson berpendapat kritikan sastera sebagai suatu seni menilai, sinama ada untuk mengecam atau memuji sesuatu karya sastera. Dewasa ini istilah kritikan telah diperluaskan pengertiannya yang merangkumi analisa, huraian, dan penafsiran tentang kesusasteraan. Pengkritik mengakui bahawa pemikiran latar belakang sejarah juga penting dalam membuat penilaian sesebuah karya sastera.
Hashim Awang pula berpendapat bidang kritikan merupakan amalan dan kegiatan yang secara perseorangan. Ia bersifat individu. Dengan mengambil bentuk sifat yang demikian maka kritikan melahirkan keadaan dan tujuan yang berlainan antara seorang pengkritik dengan pengkritik yang lain. Ia tidak melaksanakan kegiatan dan tujuan untuk semua pengkritik. Sifatnya ini juga memberikan satu petunjuk lain tentang kritikan, iaitu ia tidak pernah lahir dalam bentuknya yang benar-benar mutlak, yang amat betul atau tepat sifatnya. Beliau juga berpendapat kritikan ini terbahagi kepada tiga tunjangan iaitu tunjangan penghasilan, tunjangan kedudukan dan tunjangan kewujudan.
Apabila wujudnya sesebuah karya maka terdapat mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak pembaca disitu letaknya fungsi pengkritik yang menjelaskan kekaburan-kekaburan yang tidak difahami oleh sesetengah pembaca, boleh dikatakan juga pengkritik merupakan golongan penterjemah sesebuah karya. Menurut Arbaie Sujud, dalam sesebuah karya sastera terdapat pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang. Kadangkala mesej yang cuba disampaikan itu tidak kesampaian. Oleh itu dapat dilihat betapa pentingnya peranan kritikus.Para kritikus perlu memahami terlebih dahulu isi sesebuah karya sastera,kemudian ditafsir dan dihuraikan sehalus mungkin pengertian secara jujur.
Para pengkritik juga perlu jujur dalam menghasilkan kritikan ini kerana kritikan sedemikian dapat merangsang pengkarya untuk menilai dan mempelajari serta membaiki kelemahan karyanya, ini akan merangsang dan member motivasi untuk terus berkarya dan berupaya menghasilkan karya yang lebih baik. Dari segi pihak pembaca juga dapat menilai berbagai jenis hasilan karya dan dapat menikmati karya yang bermutu.
Pengkritik perlu bersikap tegur-menegur daripada mengecam. Pendekatan kritikan yang banyak melakukan kecaman memberikan kesan yang adakalanya negatif dikalangan para pengkarya dan ianya tidak membantu dalam penghasilan karya yang baik , oleh itu para pengkritik perlu melakukan teguran-teguran yang membina. Teguran membina ini juga menjadi perangsang atau memotivasikan pengkarya.
Karya sastera moden di Negara kita ketika diawal kemunculannya merupakan karya kritikan yang dipelopori oleh Abdullah Munsyi, iaitu kritikan kepada masyarakat dalam bentuk kutbah, seterusnya penghasilan karya selepas itu mempunyai bentuk penulisan yang hampir sama. Dengan terhasilnya kritikan teks terhadap karya Tun Seri Lanang iaitu Sejarah Melayu, telah mengubah isi dan bentuk karya yang dihasilkan. Hasilnya terhasilah pelbagai karya hingga kini, ini menunjukkan kehadiran pengkritik telah membantu penglahiran karya sastera yang bermutu.
Perbezaan antara latar belakang pendidikan, budaya hidup dan keadaan persekitaran memberikan perbezaan dalam kritikan. Faktor ini menyebabkan berlakunya perbezaan dapat dalam gaya dan bentuk kritikan, contohnya perbezaan latar pendidikan dapat dinilai dalam mutu ilmiahnya dan kefahaman dalam menyampaikan kritikan yang bermutu seperti kritikan seorang ahli akedemik lebih bermutu jika dibandingkan gaya kritikan seorang penggemar sastera.

KESIMPULAN

Kritikan dalam kesusasteraan mengalami perubahan yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya di zaman Plato hinggalah sekarang. Kritikan terhadap hasil sastera terus berkembang mengikut perkembangan zaman.pelbagai pandangan sarjana baik barat mahupun sarjana tempatan mewarnai maksud kritikan itu sendiri.
Kritikan dalam kesuasateraan ialah ia merupakan faktor yang menyumbang penghasilan sesebuah kritikan sastera. Khasnya kepada pengkarya kita bermula dengan kritikan teks buku Sejarah Melayu hingga kini. Para pengkritik berperanan menganalisis menilai dan mengkritik sesebuah karya semestinya memahami konsep kesusasteraan, mengapa sesebuah karya itu dihasilkan seperti tujuan dan motifnya.
Sesebuah hasilan yang dihasilkan berhubungan dengan masyarakat. Pengkritik perlu bijaksana, tidak emosional, mempunyai pembacaan yang luas, dan mengetahui setiap perkembangan masyarakat .

Friday, May 1, 2009

KELUARGA SAYA


Gambar Kenangan Hari Raya

KENANGAN MERDEKA KE 50

Gambar Kenang-kenangan Perarakan Kemerdekaan Ke 50









Percutian Ke Melaka











Gambar Kenang-kenangan semasa berkunjung ke Melaka bersama yang tersayang dan anak-anak.






























Kontrak Sosial

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Sejarah Sosiolinguistik

Sejarah Sosiolinguitik


Palini (500 SM) diyakini oleh banyak linguis sebagai pelopor pengkaji sosoilinguistik. Dalam karyanya yang berjudul Astadhayayai sebuah buku yang mengandungi stiliska bahasa menyebabkan pengkajian sosiolinguistik mula memberi perhatian. Pada abad ke 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan pengkajian tentang dialek bahasa pendalaman Eropah dan konteks bahasa yang menghasilkan bahasa campuran.

Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin terserlah apabila De Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa merupakan fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat . Dalam hal ini terdapat dua istilah yang popular iaitu langue dan parole namun tidak dapat menarik perhatian para sarjana bahasa dari Amerika Syarikat seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa dan budaya.

Istilah sosiolinguistik digunakan buat kali pertama oleh Harver Currie pada tahun 1952. Tokoh ini pada mulanya tidak melihat kajian linguistik ini merentas realiti sosial . Setahun kemudian Weinreich (1953) menulis ‘language in Contact’ yang diikuti dengan beberapa karya-karya besar lain dalam bidang ini menyebabkan kajian tentang sosiolinguistik menjadi ilmu yang lebih mantap dan menarik perhatian ramai orang.

Pasca Jepun Hingga Kemerdekaan Tanah Melayu

Pasca Jepun hingga Kemerdekaan Tanah Melayu

Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 3 setengah tahun telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi Politik,ekonomi dan sosial .

Kekejaman pihak Jepun semasa telah membangkitkan kemarahan orang-orang Cina dan menubuhkan MPAJA yang dipengaruhi oleh PKM bagi menentang Jepun secara gerila. MPAJA telah mendapat bantuan daripada British melalui Pasukan Force 136,

Jepun menyerah kalah pihak British tidak kembali serta merta ke Tanah Melayu. Kekosongan ini diisi oleh PKM dan membalas dendam kepada orang Melayu dan Cina yang dianggap pembelot dan pengintip Jepun. Apabila British kembali MPAJA dibubarkan.

Pihak British telah merangka satu sistem pemerintahan baru yang diberi nama Malayan Union selaras dengan Piagam Atlantik iaitu dengan menggabungkan NNMB, NNMTB serta Pulau Pinang dan Melaka manakala Singapura menjadi tanah Jajahan berasingan.

Apabila kertas cadangan Malayan Union dikeluarkan pada 22 Januari 1946, orang Melayu bangkit menentang. Akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara telah memainkan peranan untuk membangkitkan semangat Nasionalisme orang Melayu. Dato’ Onn b Jaafar menyeru supaya semua pertubuhan Melayu menentang Malayan Union dan hasilnya pada Mac 1946 Kongres Melayu Se-Malaya dibentuk dan menggesa Kerajaan British menarik balik Malayan Union.

Pada 23 Julai 1946 terbentuk Jawatankuasa Kerja yang di ketuai oleh Sir Malcom Mac Donald menggubal perlembagaan baru. Pada tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan menggantikan MalayanUnion ,walau bagaimanapun ia mendapat penentangan dari golongan kiri.

Walaupun Persekutuan Tanah Melayu berjaya dibentuk wujud juga masalah iaitu mengenai perpaduan maka pada April 1951 Sistem Ahli diperkenalkan, ini menjadi titik tolak kearah kesepakatan untuk membentuk perpaduan dan Kemerdekaan . Kemenangan besar Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) pada Pilihan Raya Umun 1955 memberi lesen besar kearah kemerdekaan.

Pada Febuari 1956 Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke London untuk perundingan kemerdekaan. Pada 8 Febuari 1956 Perjanjian London dimeterai oleh raja-raja Melayu, Parti Perikatan, dan Kerajaan British bagi mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Jun 1956 untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum bertulis dan meninbangkan pelbagai cadangan daripada semua. Beberapa pindaan telah dibuat ia menggambarkan semangat tolak ansur dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini berkonsepkan raja perlembagaan. Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu Merdeka.